Pages

Tuesday, September 8, 2009

Terasa Sunyi

Hari ni masih di rumah mak. Balik sekolah tadi je singgah umah kejap. Tak semangat lagi nak dok kat rumah. Sepanjang Ramadhan ni, belum sehari pun lagi bermalam kat rumah. Dok umah mak je.. Entah lah, bila la nak balik kemas-kemas rumah. Kadang-kadang rasa macam menyusahkan semua orang, tapi kekuatan belum ada untuk stay kat rumah. Tau aje la rumah taman, jiran kiri kanan depan belakang memasak. Macam-macam bau yang bercampur baur. Memang meloyakan... Teruk betul kali nie... Bukan tak cuba lawan, tapi....entahlah... Harap-harap mak tak kisah dok menumpang rumah dia sepanjang tempoh alah teruk nie..

Masa kat Bangi, riuh rendah bila dapat berkumpul dengan adik beradik dan anak-anak sedara. Tapi bila balik sini, terasa kesunyiannya... Hadi pun tak habis-habis dok menyebut nama sepupu-sepupunya. Paling rajin disebut... abang kemal, abang haris dan kak nani. Main sorang-sorang, tapi macam berdialog dengan abag & kakak sepupunye... Sian anak ummi, jarang-jarang sekali dapat berjumpa sepupu-sepupunye. Bila dapat jumpa, nampak sangat dia happy..

Harap-harap raya nanti kita semua berpeluang lagi untuk berkumpul dan riuh rendah sama-sama.. InsyaALLAH....

No comments: