Pages

Wednesday, September 9, 2009

Hadi Buat Perangai Lagi!!

Hari ni masuk malam kedua Hadi buat perangai. Dah lama dia tak buat perangai, tiba-tiba 2 malam nie pulak dia merajuk, menangis, melalak2 tengah-tengah malam..

Ummi macam nak nangis bila nengok Hadi buat perangai macam tu. Bukan ummi tak pujuk, dah habis pujuk... Tapi Hadi terus jugak menguji kesabaran ummi...

Ummi pun tak tau mana silapnyer, nak kata ummi marah sebelum Hadi tidur, tak de pun. Nak kat ummi biar Hadi tidur sorang-sorang, tak jugak. Yang ummi perasan, Hadi mengamuk bila tersedar dari tidur dan tak nampak kelibat ummi...

Ummi bukan ke mana, ummi bangun solat je.. Bukan tinggalkan Hadi... Ya Allah, apalah agaknya petunjuk yang Kau nak berikan padaku hamba-Mu ini... Mungkin ini ujian untuk ummi lebih tingkatkan kesabaran dalam bulan yang mulia ni, terutama di sepuluh malam terakhir Ramadhan... Mudah-mudahan ummi akan beroleh kesabaran tersebut..

Anak ummi sayang... Jadilah anak yang soleh, mudah mendengar kata, mudah menerima ilmu, lembut hati dan menjadi anak kebanggaan ummi dan abi... Ummi sayang Hadi!!

No comments: