Saturday, September 26, 2009

Kenangan Raya 09

Raya datang lagi!! Ada gembira, ada tawa, ada rindu, ada tangis...

Raya Pertama.... Moksu sefamily je beraya dengan opah.. memang sunyi, tapi jerit pekik putera-puteri Iman...riuh rendah la jugak dibuatnyer.. Kami x beraya ke mana-mana pun, lepas solat raya kat Masjid Tebing Tinggi, kami cuma pi rumah Opah Kiah je.. Selebihnyer melayan tetamu yang datang x putus-putus.. Sakit jugak la pinggang & belakang moksu membasuh pinggan mangkuk.. Petang raya, opah x bagi moksu balik ke Sg. Bedarah.. Moksu pun x sampai hati nak tinggalkan opah sorang2. So, mlm raya tu kami tido kat umah opah lagi..
Raya Kedua... Moksu berkemas-kemas untuk balik ke Sg. Bedarah. Rasa ok sikit la nak tinggalkan opah, sebab tengaharinyer family makngah akan sampai dari Mandah. Beraya di Sg. Bedarah pun kami x ke mana-mana. Dok kat umah je.. Petangnyer, opah & family makngah datang beraya kat Sg. Bedarah. Riuh rendah la umah opah sana. Siap makan malam kat sana. Dok sat, pokde tepon, bgtau dia dah sampai umah opah. So, pas makan opah ngan family mkngah pun trus balik ke Kb. Gajah.
Raya Ketiga... Moksu yang masih di Sg. Bedarah dikejutkan dengan berita anak pokde dihantar ke Hospital Taiping.. Allah je yang tau, susah hati dan sedihnya moksu dengar berita tu. Tak sabar-sabar nak balik semula ke Kb. Gajah, tapi x dapat jugak balik awal sebab ada kenduri di umah maksedara poksu. Petangnyer, moksu trus ajak poksu balik Kb. Gjah.. Berangkut la pulak moksu anak beranak balik ke Kb. Gajah. Sampai umah opah, sumer ada kat umah kecuali baby aini, mokde, pokde & opah. Baby pokde kena masuk wad. Waktu maghrib, pakcik ammie sefamily pun sampai. Bertambah la keriuhan di rumah opah.. Seronok sangat tapi dalam masa yang sama ada beberapa kesedihan yang menyentuh hati... Yang pertama mokde & baby aini terpaksa beraya di wad, yang kedua along & family memang x dpt balik beraya di kg (tahun ni betul2 tiada kejutan...) dan yang ketiga rindu sangat pada anak buah moksu yang jauh di mata tetapi dekat di hati.. Kakak Taqiah yang beraya di Mesir. Kami berulang-ulang menatap blog kakak bagi melepaskan kerinduan.. Macam biasa, mesti meleleh airmata tiap kali bercerita tentang kakak... Pokde yang first time tengok blog kakak pun nangis jugak... Pas tu kami selak album lama, tengok gambar kakak masa kecik.. Pokde kata, tak sangka budak tembam nie dah besar...dah kurus...& dah pi belajar di Mesir..
Raya Keempat... Masih di rumah opah. Memeriah dan meriuhkan umah opah dengan gelagat anak cucu yang memenuhi luar dan dalam umah opah.. Opah macam biasa la, riuh terjerit2 tiap kali cucu-cucunya buat 'macam-macam keje'.. :-). Pak Ngah bertindak jadi Chef. Tak berenti-renti memasak dari pagi sampai la ke malam. Hari nie jugak pakcik ammie buat open house untuk kawan-kawan sekolah lama dia.. Alhamdulillah moksu rasa sihat dan dapat membantu pakngah, makngah & opah memasak. Menu spesel hari nie.. Nasi Minyak Opah&PakNgah + Ayam Masak Merah Moksu + Kari Ayam MakNgah + Udang Masak Tomato Moksu... :-). Pokde plak ke hospital, temankan mokde & baby aini.. Petangnye pokde balik dan bagitau InsyaAllah esok baby aini dah boleh kuar wad... Alhamdulillah...
Raya Kelima... Kami masih berkumpul di umah opah.. Pun x beraya ke mana-mana. Kami amik peluang nie untuk berkumpul dan bercerita itu dan ini. Bukan selalu dapat riuh-riuh macam nie.. Tengaharinye, pokde pi hospital amik mokde & baby aini. Bila sampai je, sumer terpa kat baby aini.. Sian sangat baby pokde, merengek je... Moksu sedih bila tengok kesihatan aini. Ye la, aini ngan hani sebaya, tapi nampak jauh beza. X pe la, ada la hikmah Allah buat pokde sefamily. Mudah-mudahan tabah hadapi semua ujian dari Allah.. Satu hari nanti aini aini akan sihat sepenuhnya dan membesar sama dengan hani...
Raya Keenam... Makngah n family kemas-kemas untuk balik ke Kajang.. Sedih jugak bila makngah nak balik.. Ye la.. akan berkurangan la sikit keriuhan di umah opah nie.. Ye la, moksu pun..dah la kakak yang sulung x dapat balik, bila kakak no. 2 nak balik ke kajang, memang menyedihkan... :-(. Petangnyer, pokde ajak pi beraye ke Sg. Bedarah. So, pas asar berkonvoi la pilak kami ke Sg. Bedarah bagi meriuhkan lagi sekali umah opah sana.. Pas maghrib baru gerak balik ke Kb. Gajah.. Singgah shopping kat selama jap.. :-)
Raya Ketujuh... Pagi nie family pokde dan family pakcik ammie pulak berkemas-kemas untuk balik ke banting dan johor.. Sekali lagi moksu dirundung kesedihan.. Adat la, memang tiap-tiap tahun sejak dulu, memang mkosu yang terpaksa berhadapan situasi nie bersama opah.. Kami akan menanti, kami akan menerima dan kami jugak akan melepaskan u all balik ke destinasi masing-masing.. Tiap pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan.. itulah rutin setiap tahun pada hari raya.. Selepas beberapa hari kita kongsi suasana gembira bersama, kita terpaksa redha dengan perpisahan ini kerana masing-masing punya tugas & tanggungjawan masing-masing... Pastinya moksu & opah rindu sangat untuk berkumpul dan beriuh rendah bersama abang-abang, kakak-kakak & anak-anak buah moksu yang sangat moksu sayang... InsyaAllah, diizinkan Allah kita pasti berkumpul lagi...
Raya Kelapan... Moksu masih di rumah opah.. Termenung sana sini.. mencari saki baki keriuhan yang telah tiada.. Rindunyer pada semua!! Terasa nak berborak-borak macam dua tiga hari sebelum nie.. Tapi yang pasti..harapan tinggal harapan.. maka terhasil la post ini.. Dalam masa yang sama, berkemas-kemas jugak untuk berangkut balik ke rumah moksu di Selama. Tapi ntah bila nak balik pun x tau la.. kaki ni malas je nak melangkah. Mungkin petang, mungkin malam @ mungkin jugak pagi-pagi esok.. :-(
Kenganan Bersama Terlalu Berharga. Moksu Rindu Pada Semua! Moksu Rindu Pada Semua! Panjang Umur Kita Jumpa Lagi... Salam 8 Syawal dari Moksu Buat Semua Yang Moksu Sayang!!

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Buat Semua

Moksu, Poksu, Hadi & Hani nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Buat
Kak Long sefamily di Kelantan ( Jom la balik beraya di Perak..)
Along sefamily di Bangi (Balik la...jangan la x balik...sian kat mak..)
Mas sefamily di Kuala Kangsar (jumpa raya kedua...:-)...)
Aley sefamily di Banting ( Balik tau! Mak asyik menyebut kau je...)
Ammie sefamily di Mentakab (jumpa raya ketiga..)
Kakak Taqiah di Cairo ( Moksu rindu kakak...)
Adinda Normah sefamily di Kuching
Semua sanak saudara dan sahabat handai
walau di mana jua berada...


Wednesday, September 16, 2009

Esok Cuti!!!


Semalam KPM buat pengumuman, esok cuti khas sempena hari raya!! Seronok la bila dapat cuti! Tapi hari ni jadi kalut la sikit kat sekolah sebab semua benda kena settlekan hari ni.. Tak pe la.. yang penting esok cuti... :-)

Hari ni ada majlis penyampaian duit raya dan bingkisan aidilfitri untuk anak-anak didik. Budak-budak seronok sangat hari nie, sebab nak dapat duit dan kuih raya yang depa buat sendiri... Cikgu yang banyak buat sebenarnyer... :-)

Hari ni jugak hari last cikgu praktikum pend. khas - Mr. Dev. Macam x sangka plak, plannyer esok last day. Tapi hari plak kena wish good bye... Plannyer esok nak buat semakan terakhir kerja-kerja and portfolio dia, tapi sumer kena settlekan hari ni... :-\
Hari ni jugak kena rushing keluar dengan fini untuk beli beberapa benda yang sepatutnya diserahkan esok. Memang kalut betul hari nie... :-/
Tapi yang best..... Esok nak ajak mak pi Taiping!! Plan nak pi petang, tapi bole pi pagi!! Tu yang seronok!! :-)

Tuesday, September 15, 2009

Buat Kuih Raya!!!

Semalam ngan hari nie, kat sekolah kami adakan Program Bingkisan Aidilfitri. Actually ajak budak-budak buat kuih raya untuk diedarkan pada depa jugak hari Jumaat nanti. Esok acara packaging pulak. Seronok budak-budak dapat peluang buat kuih raya. Tapi cikgu-cikgunyer yang berhempas pulas sebenarnya...:-). Memang letih...tapi demi anak-anak didik cikgu nor yang comel-comel, cikgu nor gagahkan jugak... Tapi, Alhamdulillah 2 hari ni tak de la pulak muntah2 waktu pagi. Melepeknyer waktu petang je la.. :-(

Semalam langsung x sempat nak online. Tapi, Alhamdulillah aktiviti hari nie selesai awal.. Sempatlah online jap sebelum balik umah..

Hari ni x de ape-ape citer sangat.. Semalam je mak datang berbuka and tidur kat umah. Mak datang berbuka, tapi mak yang kena masak... Hehehe... Nak buat macamana, bukan sengaja. Lagipun masa nie la nak bermanja dengan mak... :-). I love U MOM!!! MMMuuuuaaaah!!!

Sunday, September 13, 2009

2-3 hari lepas dan hari ini..

Dah dua hari x menulis... Cuti, kat umah line x berapa ok. Lagipun badan x larat sangat nak open laptop. Jummat mlm sabtu, sambut bitrhday Hadi secara ala kadar je... Abi belikan kek and 2 pasang baju untuk Hadi. Ummi x dapat nak beli ape2 untuk Hadi.. Maklum la, ummi x larat nak ke mana-mana pun... Ummi cium hadi je la ye!!

Sukenye Hadi makan kek...

Semalam... Pegi check kat Selasih Specialist. Alhamdulillah, baby berkembang sihat. Masa scan nampak la tangan & kaki baby bergerak2. Syukur kepada Allah, ummi lega sangat bila nampak baby masa scan tu.. 2-3 minggu ini memang ummi risau sangat sebab keadaan ummi memang teruk sangat. Tapi bila nampak baby semalam, ummi lebih bersemangat demi baby yang sedang membesar dalam rahim ummi... Mudah-mudahan Allah berikan kesihatan yang sempurna kepada ummi dan baby dan Allah sempurnakan kejadian baby ummi... Amin.


Pagi ni... Kepala pening sangat. Kalau ikutan, memang tak berdaya nak ke sekolah. Tapi, gagahkan jugak. Tinggal seminggu je lagi sebelum cuti raya.. Ya Allah, kurniakanku kesihatan dan kekuatan untuk menempuh harihari berikutnya...

Thursday, September 10, 2009

Rindu NORHATI


Sahabatku Norhati..... Mudah-mudahan dengan menatap blog nie, ati dapat melepaskan rindu pada kami semua... Kita bagaikan satu family... I miss u!!

Sebelum Kakak Fly..



Nie antara gambar-gambar masa kat KLIA, waktu hantar Kakak Taqiah yang nak terbang ke Mesir..

Happy Birthday To My Hero!!

Hari nie... 11 September 2009... Putera kesayangan ummi dah menginjak 3 tahun. Patut la 2-3 hari lepas asyik buat perangai je, rupanya nak beranjak umur... :-). Alhamdulillah, Allah masih bagi kita kesempatan untuk bersama ye sayang.... Ummi sayang sangat Hadi!! Hadilah penyeri hidup ummi.. Memang ummi selalu marah-marah Hadi, tapi ummi marah sebab ummi sayang Hadi.. Ummi nak Hadi jadi anak yang Soleh.. Hadi jangan nakal-nakal tau! Jadilah anak yang taat, berbudi bahasa dan menjadi contoh yang terbaik untuk adik-adik Hadi nanti.. Jadikan Kakak Taqiah dan Bama sebagai panduan dan teladan.. Macamana ummi berbangga dengan kejayaan mereka, macam tu jugak la ummi nak rasa berbangga dengan Hadi suatu hari nanti..

Pagi nie, Hadi mudah betul bangun.. Tak buat perangai, dan nampak happy je.. Ummi tak perasan lagi pagi tadi, tp bila sampai sekolah barulah ummi perasan yang hari ni Birthday Hadi. Patutlah baik betul anak ummi hari nie... :-)

Ok sayang.... Happy Birthday ye!! Mudah-mudahan Hadi jadi anak yang Soleh, yang beriman, yang Hafiz Al-Quran satu hari nanti, yang pintar, yang patuh, yang lembut hati, yang penyayang, yang mudah menerima ilmu dan segala-gala yang baik ummi doakan untuk Hadi Putera Hati Ummi...

Wednesday, September 9, 2009

Hadi Buat Perangai Lagi!!

Hari ni masuk malam kedua Hadi buat perangai. Dah lama dia tak buat perangai, tiba-tiba 2 malam nie pulak dia merajuk, menangis, melalak2 tengah-tengah malam..

Ummi macam nak nangis bila nengok Hadi buat perangai macam tu. Bukan ummi tak pujuk, dah habis pujuk... Tapi Hadi terus jugak menguji kesabaran ummi...

Ummi pun tak tau mana silapnyer, nak kata ummi marah sebelum Hadi tidur, tak de pun. Nak kat ummi biar Hadi tidur sorang-sorang, tak jugak. Yang ummi perasan, Hadi mengamuk bila tersedar dari tidur dan tak nampak kelibat ummi...

Ummi bukan ke mana, ummi bangun solat je.. Bukan tinggalkan Hadi... Ya Allah, apalah agaknya petunjuk yang Kau nak berikan padaku hamba-Mu ini... Mungkin ini ujian untuk ummi lebih tingkatkan kesabaran dalam bulan yang mulia ni, terutama di sepuluh malam terakhir Ramadhan... Mudah-mudahan ummi akan beroleh kesabaran tersebut..

Anak ummi sayang... Jadilah anak yang soleh, mudah mendengar kata, mudah menerima ilmu, lembut hati dan menjadi anak kebanggaan ummi dan abi... Ummi sayang Hadi!!

Tuesday, September 8, 2009

Ujian Allah..

Pagi ni rasa badan segar dan bersemangat.. Datang sekolah pun rasa ringan je. Tapi baru jap tadi, kepala pening sangat. Muntah-muntah teruk lagi... Ya, Allah... Memang tak larat sangat. Sian kat student Kelas Permata... Cikgu memang tak larat sangat. Duduk pun dah macam kain lembik je... Sian jugak kat Fini, kena pulak ganti tolong jaga budak-budak tu. Thanks ye Fini.. Thanks jugak kat Miah yang selalu kena ganti akak... Budi korang sentiasa akak kenang...

Ya Allah, Kau berikanlah aku kekuatan, kesihatan dan semangat yang kuat dalam menghadapi segala ujian dan dugaan sepanjang kehamilan ini. Aku insan lemah... Hanya pada-Mu aku memohon... Amin Ya Rabbal Alamin..

Selamat Datang Buat Kak Aidah!!

Assalamualaikum.....
Nak ucap selamat datang kat Kak Aidah... Dia kata nak masuk n tengok blog nie..
Thanks kak coz still keep in touch!!
Sayang Akak!!

Terasa Sunyi

Hari ni masih di rumah mak. Balik sekolah tadi je singgah umah kejap. Tak semangat lagi nak dok kat rumah. Sepanjang Ramadhan ni, belum sehari pun lagi bermalam kat rumah. Dok umah mak je.. Entah lah, bila la nak balik kemas-kemas rumah. Kadang-kadang rasa macam menyusahkan semua orang, tapi kekuatan belum ada untuk stay kat rumah. Tau aje la rumah taman, jiran kiri kanan depan belakang memasak. Macam-macam bau yang bercampur baur. Memang meloyakan... Teruk betul kali nie... Bukan tak cuba lawan, tapi....entahlah... Harap-harap mak tak kisah dok menumpang rumah dia sepanjang tempoh alah teruk nie..

Masa kat Bangi, riuh rendah bila dapat berkumpul dengan adik beradik dan anak-anak sedara. Tapi bila balik sini, terasa kesunyiannya... Hadi pun tak habis-habis dok menyebut nama sepupu-sepupunya. Paling rajin disebut... abang kemal, abang haris dan kak nani. Main sorang-sorang, tapi macam berdialog dengan abag & kakak sepupunye... Sian anak ummi, jarang-jarang sekali dapat berjumpa sepupu-sepupunye. Bila dapat jumpa, nampak sangat dia happy..

Harap-harap raya nanti kita semua berpeluang lagi untuk berkumpul dan riuh rendah sama-sama.. InsyaALLAH....

Monday, September 7, 2009

Kakak Di Rantauan...

3 September 2009.... Kita beramai-ramai ke KLIA. Kakak Taqiah dah nak ke Mesir... Sedih, memang sedih... Makusu cuba gak tak nak nangis, tapi tau je la makusu... Airmata dengan makusu macam lagu dan irama..hehehe...

Dah besar dah kakak ye, dah pi oversea dah... Rasanya macam baru semalam je makusu riba kakak untuk tidurkan kakak sambil jerit "Kambing! Ambik kakak nie.." Hehehe, kakak takut sangat masa tu, terpejam-pejam mata. Sudahnyer terus lena.. Tu masa kecik, dah besar sikit lain plak citernyer. Makusu pegang hanger, kakak ngan adik-adik pun terpejam-pejam la mata. Kena paksa tidur.. kalau tak buat macam tu, alamatnyer korang memang langsung tak tidur siang..

Banyak sangat rasanya memori dengan kakak. Tak dapat nak tulis kat sini. Biar la tersimpan segar dalam ingatan makusu.... Jangan makusu hilang ingatan dah le... Hehehe... Tapi kakak memang special dalam hidup makusu.. (Anak-anak buah lain, jangan la jeles pelak ye!! Yang lain-lain pun special jugak... Cuma kakak je terlebih sikit ).

Kakak buat yang terbaik ye. baru jap tadi makusu sembang dengan Ustazah kat kelas makusu. Dia pun kat Mesir jugak, tengah cuti 4 bulan. Dia kata, kakak orang yang bertuah sebab dapat buat Medic kat Al-Azhar. Hanya student yang terpilih je yang dapat buat Medic kat Azhar. Selalunyer, tiap-tiap tahun memang tak ramai yang dapat buat Medic Azhar.. You're the choosen one tau! Dia dah kenal nama kakak, sebab kawan dia yang jadi fasilitator kakak ada mention nama kakak...( Budak yang berdarah hidung & telinga )...hehehe. Kakak dah ok ke?? Makusu harap ok la..

Ok la, post ni memang khas untuk Kakak Taqiah. Doa makusu sentiasa mengiringi kakak. Makusu Luv Kakak A Lot!!

Anak-Anak Buahku Sayang...

2 September 2009, dalam keletihan dan badan yang rasanya cukup lemah, makusu gagahkan diri...kuatkan diri.....ajak jugak pakusu ke Kajang/Bangi. Makusu nak sangat hantar kakak Taqiah ke KLIA. Pakusu tanya gak, ok ke?? Sanggup ke tanggung risiko dalam keadaan makusu mcm ni.. Tapi makusu kata, insyaAllah tak de ape-ape yang berlaku. Kita doa je la... Makusu akan rasa ralat sangat kalau tak dapat tengok kakak nak fly ke Mesir.. Memang makusu melepek sangat dalam kete... Tapi demi anak buah tersayang, makusu lawan jugak..

Sori la... Mungkin makusu emosional sangat masa sampai-sampai tu. Tapi memang makusu agak sedih bila korang main-mainkan makusu dalam keadaan makusu macam nie... dah la badan makusu dah mcm kain..lembek! Muntah2 pulak tu.. Memang flet habis! Bama la!! Makusu dah tanya awal-awal lagi, tp awak nak kenakan jugak makusu ye!! Tak pe la, makusu ni sedihnya kejap je... Sayang makusu pada korang mengatasi segala-galanya.... Korang tau kan,
Makusu Sayangkan Korang...

Kelahiran Yang Dinanti...

11 September 2006... Lahirlah zuriat yang dinanti. Putera comel yang diberi nama 'Abdullah Hadi Iman menjadi penyeri kepada hidupku yang suram tanpa tangisan anak kecil selama 4 tahun.. Terima kasih Ya Allah, atas anugerah yang tak ternilai... Tinggal beberapa hari saja lagi, genaplah 3 tahun umur putera hatiku...

'Abdullah Hadi Iman

31 Mac 2008... Puteri hatiku pula selamat dilahirkan. Walau terlalu banyak komplikasi sepanjang kehamilan dan saat melahirkan, tapi aku bersyukur kerana puteriku dapat dilahirkan dengan sihat dan selamat. Ummu Hani Iman nama yang dipilih oleh suami tercinta buat puteri comel kami.

Ummu Hani Iman

Hari Bahagia Dan Penantian.

6 September 2002, aku disatukan dengan pilihan keluarga.. Suami tercinta, Mohamad Fadzimi.. Percintaan selepas perkahwinan, menjadikan hubungan kami lebih indah. Terima kasih sayangku, atas kesabaran melayan setiap karenahku dan yang paling tak ternilai, kesabaran dalam menanti kelahiran zuriat tercinta...

4 tahun menanti... Satu penantian yang agak panjang. Tapi semangat dan dorongan yang kau berikan, menjadikan aku sentiasa bersedia dengan apa juga ketentuan Illahi.. Zuriat adalah kurniaan Illahi.. Siapa kita untuk menilai ketentuanNya.. Terima kasih sayangku... Alhamdulillah, berkat kesabaran yang tinggi, kini Allah anugerahkan kepada kita sepasang cahayamata comel... Anugerah kepada penantian kita selama 4 tahun.. Dan insyaAllah, permata yang ketiga akan dilahirkan tahun hadapan..

Hidupku..

Aku...

Dilahirkan pada tanggal 6 Mei 1975.. Membesar dalam keluarga bahagia..Mak dan abah, merupakan insan terpenting dalam hidupku.. 2 kakak dan 2 abang di atasku yang menjadi sahabat tawa & tangis, gurau & senda...

Kasih sayang antara kami, menjadi tunjang keakraban kami hingga ke hari ini... Walau kini semua telah mempunyai keluarga masing-masing, tapi tiap kali berkesempatan berkumpul, riuh rendah dibuatnya..

I LOVE U ALL VERY MUCH!!!

Abang Hadi dan UPSR 2018

Minggu ni abang Hadi tengah struggle dengan UPSR dari 24/9/2018 hingga 27/9/2018... Doa ummi dan abi sentiasa mengiring setiap detik aba...