Pages

Tuesday, April 29, 2014

Kak Ros akan tinggalkan kami....PPKI SK Rantau Panjang... :-(

Assalamualaikum....

Hari nie terima berita tentang PK HEM kami yang akan berpindah ke sekolah lain... Berita yang mengejutkan walaupun dah dengar kias-kias kisah....

Kak Rosnah Bakar...

Masuk ke SKRP sebagai PK HEM... Tak pasti kapan bila mula akrab dengan warga PPKI SKRP...dengan kami....dan dengan anak2 istimewa kami... Terima kasih Kak Ros kerana menerima kami di PPKI seadanya....terutamanya anak2 istimewa kami.. Terima kasih kerana sudi membelai mereka....sudi melayan  mereka.....dan sentiasa sabar dengan karenah mereka yang pelbagai.... Tak semua orang dapat menerima mereka sepertimana Kak Ros menerima mereka...

Terima kasih Kak Ros kerana sentiasa bersama kami... sudi bersama-sama kami dalam setiap aktiviti yang kami jalankan bersama anak2 PPKI SKRP... Hingga anak2 PPKI SKRP juga amat senang dengan kehadiran Kak Ros.... Jangan lupakan Yusrizal....anak angkat kesayangan Kak Ros tu... hingga hari ni, dia tak pernah lupa kisah2 sepanjang dia menjadi 'anak angkat' Kak Ros masa kita kat KL dulu... Bangga sangat jadi 'anak angkat' Kak Ros.. Tu la antara modal cerita dia bila berbalah dengan kawan2nya...

Banyak memori kita bersama....yang pasti, kami akan merindui Kak Ros.... Rindu nak gelak sama2.... Rindu nak gaduh sama2.... Rindu nak makan sama2.... Rindu...Rindu.... Kami pasti akan rindu...

Semoga jalinan ukhuwwah yang terjalin akan berpanjangan walaupun kita tak lagi bersama... Moga Kak Ros terus suksess ye... In sha Allah, sapa tau satu hari nnt kita akan bekerja dalam satu sekolah yang sama.... Masa tu, Kak Ros dah jadi GB kot... heheh...mudah-mudahan.... TQVM Kak Ros!

 
Will miss u Kak Ros!
 
 
Happy Birthday Kak Ros!

 
Kenangan di KL..

Monday, April 28, 2014

Update Pertama 2014

Blogging..... Lama ummi tak blogging.... Entah la apa yang disibukkan sangat... Hari-hari online, tapi tak sempat nak post apa2.. Bukan  tak de cerita....macam2 yang berlaku... Tapi, cerita tinggal cerita...

Study...

Sekarang dan Sem 6... Alhamdulillah... setakat ni performance memuaskan (chewah....). Tapi Sem 6 ni rasa macam tak berapa perform.. Masalah kesihatan yang kerapkali timbul awal tahun nie, mmg beri kesan pasa study ummi.. This sem rasanya bat tugasan pun macam tak complete je... Tak tau la.. Harapan ummi, kalaupun tak dapat result macam sebelum2 nie...at least jangan la teruk sangat...huhuhu.... Risau jugak...sesekali bila fikirkan tentang pencapaian Sem 6 ni, rasa macam kecut gak perut... So, now, nak tunggu exam je akhir bulan Mei ni.. In sha Allah.. Semoga Allah SWT berikan yang terbaik...

Anak-anak ummi...

This year, tiga2 dah masuk sekolah. Abang Hadi dah darjah 2... Angah Hani dah Pra Sekolah.... Adik Hannan plak masuk taska... Ummi pun makin sibuk dari hari ke hari...Kadang2 macam tak sempat nak review study anak2... Apapun, ummi sentiasa berdoa semoga anak2 ummi akan beroleh ilmu yang bermanfaat dan dapat menjadi hamba Allah yang soleh dan solehah...

Ni foto masa hari pertama persekolahan....
Sekolah.....

Tahun ni sesi persekolahan, dari segi pengurusan...dapat dirancang dan dilaksanakan dengan baik.. Serba sikit kekurangan tu, biasa la... Tapi in sha Allah akan sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa agar dapat mengurus dan mentadbir program dengan jayanya.. Yang penting, permata hati ummi di PPKI SKRP akan sentiasa disayangi...dididik...dibimbing dan nasib mereka terbela... Walau terdapat insiden2 yang agak melukakan hati, apabila masih wujud diskriminasi di sekolah kami, tapi ummi akan sentiasa memastikan agar permata PPKI ummi tidak disisih..

Love them always...
Rasanya, nak stop dululah.... Idea pun tak berapa ada.... In sha Allah lepas ni akan aktif memblogging semula... Salam Ukhuwwah...