Monday, December 26, 2011

Anak ummi kian membesar

Lama tak menulis...banyak yang nak ditulis.... dan tentunya perkembangan dan karenah anak2 ummi yang jadi topik utama ummi...:-)

Cuti sekolah kian melabuhkan tirai... Diam tak diam hampir sebulan lebih ummi dapat meluangkan sepenuh masa ummi bersama putera puteri Iman ummi.. Memang kalau diikutkan banyak sangat kerja kat sekolah yang perlu ummi selesaikan sepanjang cuti sekolah nie. Tapi ummi pejamkan mata sekejap demi bersama anak2 ummi sepenuhnya... Seminggu yang berbaki nie barulah ummi cuba selesaikan kerja2 ummi... Tambah pulak laptop ummi pun baru je ok... So memang baru sekrang la ummi boleh mulakan kerje... ;-) (...alasan je tu...hihihi)

Hadi bakal mencecah 6 tahun.... Sedar tak sedar, anak lelaki ummi yang sorang nie dah nak masuk 6 tahun.. Permata hati ummi yang pernah ummi nantikan selama 4 tahun dulu.. dah besar dah sekarang!! Hadi pun dah banyak kemajuan. Paling ummi puji, hero ummi yang sorang nie memang rajin untuk belajar dan sentasa minta untuk belajar... Cuma, maafkan ummi sebab kadang2 ummi yang kurang sempat bersama abang.. Tapi keyakinan ummi sentiasa teguh yang abang akan menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat...

Hani pulak bakal mencecah 4 tahun... Esok ummi nak daftarkan Hani ke PUPIS Al-Halimi.. dah nak sekolah budak manja sorang nie!! Harap2 lepas ni angah akan lebih 'matang' bila mula menjalani alam persekolahan di TASKI Al-Halimi nanti...insyaAllah. Angah anak yang bijak dan ummi yakin akan kebolehan dan kelebihan angah... :-). Jadilah puteri solehah yang sentiasa membanggakan ummi dan abi..

Si Kecik ummi....Hannan....;-). Tahun nie dah nak masuk 2 tahun... Makin bijak 'berkata-kata'. Makin banyak jugak perangai dan akalnya... Budak kecik yang cukup memanjakan dirinyer pada semua orang... Kuat merajuk... Suka dipujuk dan dipeluk... Ummi doakan adik juga akan menjadi puteri solehah kebanggaan ummi dan abi suatu hari nanti..

Alhamdulillah!! Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang bersama permata2 hatiku hingga ke saat ini... Indahnya bergelar seorang ummi kepada putera puteri Iman... Ummi sayang Abang! Ummi sayang Angah! Ummi sayang Adik!!

Monday, October 31, 2011

Ummi jual la kek tu..

Hadi & Hani tanya : Kenapa ummi suka buat kek?
Ummi jawab : Sebab nak bagi anak-anak ummi makan le..
Hadi kata : Ummi jual la kek tu...nanti ummi dapat duit... Bestt!!!
Ummi senyum je la...

Dulu Hadi pernah bagi cadangan kat ummi supaya ummi jual kek yang ummi buat tu.. Alhamdulillah hari ni ummi dah mula mengambil tempahan kecil-kecilan daripada kawan-kawan terdekat ummi..

Memang seronok mem'baking' nie.. Ummi pun memang minat sangat buat kek.. Dulu tak berani buat sebab tak reti n takut tak jadik.. Tapi disebabkan anak2 ummi selalu suruh ummi buat kek, sekarang ummi dah makin confident..:-)

Thanks to anak-anak ummi yang dalam sedar tak sedar sentiasa memberi moral support kat ummi dalam hal ni.. Thanks abang... Thanks angah... n Thanks Hannan yang selalu suka makan kek-kek ummi..

Mana la tau....satu hari nanti ummi leh jadi usahawan kek pulak....heheheh...



Sunday, September 4, 2011

Lebaran 2011

With my lovely hubby... I LOVE U my dear!!

Dua family..

My family...

Anak-anak ummi & abi..

Raya 2011..... Alhamdulillah Angah sefamily balik beraya sama-sama family makusu & opah.. Happening la cikit... Kalau tak moksu sefamily je... Raya ke-3, Pakcik ammie plak balik. And yang bestnyer raye ke-4, pokde plak sampai...

Yang sedihnya, family along tak dapat balik beraya sebab keadaan yang tak mengizinkan.. Mak abang long sakit and along sefamily balik beraya di Batu Pahat & menjaga nyai.. Mudah-mudahan nyai akan cepat sembuh...

Thursday, August 11, 2011

Air Katira....walah!!!!

Gini la lebih kurang rupanya Air Katira yang lazat tu!! Kalau area Utara memang ramai gak yang kurang mengenali air katira nie... Tapi kalau kat Johor.... Pergh!!! Jangan cakap la!! Memang cukup fofular!!! Tambah plak dapat Air Katira Abu Bakar... Aduhai... lamanye tak merasa air katira abu bakar...

Saya ada gak try buat air katira nie... Ramadhan 2011 nie ,dah 2 kali la buat air katira nie.. Memang sedap walaupun tak sesedap air katira abu bakar..huhuhu

Untuk kawan2 yang nak tau, air katira nie dikatakan berasal dari Pakistan. Ada gak kata berasal dari selatan India dan kalau di Malaysia memang jadi pilihan terutamanya dalam bulan Ramadhan. Air katira nie elok untuk menyejukkan bdan sebab bahan-bahan yang kita letak kat dalam air tu memang elok untuk kesihatan.

Ok la.. nie la lebih kurang resepi n cara buat air katira nie..

Rendam semalaman katira @ getah anggur sampai kembang dan bersihkan sampai dapat yang warna putih je.. (serdak2nye kita buang le..)

Rendam biji selasih sampai kembang.

Rendam buah kembang semangkuk sampai kembang dan bersihkan (asingkan biji dan kulitnya)

Hiris-hiris buah kurma dan remdam dalam air panas.

Sediakan semangkuk kecil kismis.

Campurkan ketiga-tiga bahan yang dah kembang nie & juga buah kurma serta kismis dalam jug dan ketepikan.

Then...

Masak 2Liter air dengan 12 sudu gula pasir ( atau ikut manis le.. ). Masak dengan daun pandan.. baru wangi..

Bila gula larut, masukkan lebih kurang 10 biji buah badam yang telah dikisar halus. Masak lagi sampai mendidih. Bila dah mendidih, sejukkan sekejap.

Bila dah sejuk sikit masukkan satu tin susu cair dan sedikit pewarna hijau, kacau sebati.

Tuangkan air ke dalam jug tadi and kacau sebati.

Last sekali masukkan setengah botol ais krim soda dan kacau sebati. (Masukkan ais krim soda sikit demi sikit sambil mengacau).

Sejukkan dan peti sejuk dan sedia dihidangkan..

Gitu la lebih kurang... kuantiti setiap bahan ikut kehendak masing2 le ye... Ais krim soda tu pun sama.. kalau suka lebih... lebihkan.. kalau tak.. kurangkan..

Monday, July 25, 2011

Abdul Majeed..



Dia anak didikku yang pertama sebaik aku diarahkan membuka Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SKRP.. Di awal aku mengenalinya, Majeed @ Abang Long mengalami kecelaruan emosi yang terlalu teruk.. Pelbagai teknik yang aku guna untuk mendekatinya... kadang-kadang menyanyi... kadang-kadang bercerita... kadang-kadang aku jadi sepertinya yang sering bercelaru cerita dan pertuturannya.. aku cuba selami anak didikku yang seorang ini.. Abdul Majeed amat cemburu orangnya... Tatkala aku menerima beberapa pelajar baru, dia la yang akan menarik muka dan menunjuk perasaan cemburu dengan pelbagai cara.. Tapi dia sering menyentuh hatiku dan pastinya sentiasa menambat hatiku untuk jatuh sayang padanya.. Abdul Majeed benar-benar istimewa!

Berlatar belakangkan hidup yang penuh kecelaruan akibat perpisahan kedua ibu ayahnya.. Majeed di awalnya kerap kelihatan tersepit....bingung dan amat bercelaru pemikirannya.. Namun sebagai murid pendidikan khas BP, Abdul Majeed boleh dikategorikan sebagai murid yang cemerlang berbanding murid lain.. Kekuatan ingatan dan kebolehan menghafal dalam masa yang singkat membuatkan dia lebih pantas belajar berbanding rakan0rakannya yang lain..

Satu keistimewaannya.... Majeed miliki suara yang lunak dan lemak merdu... Pasti setiap telinga yang mendengar akan tertarik untuk terus mendengar suaranya sekiranya dia menyanyi.. Minatnya terhadap Al-Quran menjadikan dirinya mudah menghafal dan mengalunkan ayat-ayat suci dengan berlagu hanya dengan mendengar rakaman CD. Biasanya masa yang diambil untuk dia menghafal sesuatu takkan sampai semingggu.. Itulah kehebatan Majeed..

Alhamdulillah.... bermula 2007 aku mula melatih Majeed untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas... Cubaan pertama yang amat membanggakan apabila Majeed mendapat tempat ke-3 di peringkat Daerah LMS pada tahun 2007. Tahun 2008 Majeed mengorak selangkah lagi apabila bergelar Naib Johan di peringkat daerah. Tahun 2009 sekali lagi Majeed menjadi Naib Johan di peringkat daerah. Dan yang pastinya syukur dipanjat ke hadrat Illahi apabila pada tahun ini...2011...Majeed mampu menggenggam kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas (BP) di peringkat Daerah LMS. Tiada apa yang menggembirakan aku setelah melihat kejayaan yang diperolehi oleh Abdul Majeed @ Abang Long yang kukenal sejak 2007.. Berkat kegigihannya berlatih tanpa jemu, akhirnya kejayaan miliknya.. Aku bersama guru-guru lain pastinya amat puas dengan kejayaannya... Aku dan guru-guru yang lain hanya sekadar melatih &nmembimbing tetapi kebolehan dan bakat yang ada pada dirinya yang menjadikannya insan hebat!

Subhanallah....... Alhamdulillah..... Allahuakbar!!


Kegembiraan.... Alhamdulillah...

Kegembiraan...biasanya akan dikongsi...kalau boleh nak kongsi dengan semua yang tersayang...semua kawan-kawan... Tapi macamana pula kalau kegembiraan yang aku kecapi sebenarnya tidak diharapkan oleh orang lain... Senang cerita, orang tak setuju dengan berita gembira yang aku terima... Kegembiraan yang aku rasa patut dikongsi bersama rupa-rupanya tak disenangi oleh orang lain sebab AKU BUKAN YANG DIPILIH..... Aku tak pernah menjangka ini yang terjadi.. Aku sedar bukan aku yang diharapkan untuk DIPILIH.. Tapi... hakikat tetap hakikat... ALLAH SWT lebih mengetahui... Kita manusia hanya merancang... Tapi ketentuan ALLAH SWT tiada siapa yang tahu sehingga diperkenankan oleh-NYA

Teman.... Aku tidak MEMILIH untuk DIPILIH tetapi ketetapan ALLAH SWT yang buat aku TERPILIH.. Bukan aku yang pinta DIPILIH tapi siapa aku hendak menepis ketetapan ALLAH SWT yang telah membuatkan aku TERPILIH.. Aku tak pernah menagih-nagih untuk DIPILIH.... Aku tak pernah mengemis-ngemis untuk DIPILIH.. Tapi aku yakin ALLAH SWT telah menilai dan DIA sebenarnya yang telah MEMILIH..

Maafkan aku andaikata berita yang kukira gembira ini ada membuatkan segelintir teman-teman yang merasakan kurang senang.. Aku terlalu ingin berkongsi kegembiraan ini bersama kalian... Tapi andai kata kalian masih sukar menerima...cukuplah aku raikan kegembiraan ini bersama insan-insan di sekeliling...yang terhampir....yang sentiasa memahami apa yang berlaku..

Thursday, July 21, 2011

Ummi buat la kek......

Balik sekolah tadi, masa kat dalam kereta, hadi tengok bekas yang berisi kuih simpul kasih yang diberi oleh Pakcik K & Chik Mirah dia dah kosong...

Hadi : "Ummi, kuih yang pakcik K bagi dah abis ke?"
Ummi : "Ye la... abang ngan angah la yang habiskan.."
Hadi : "Ummi, bekas ni kena bagi balik kat pakcik K kan?"
Ummi : "Ye la...kenape?"
Hadi : "Dah tu, kita nak letak apa dalam bekas nie??"
Ummi :"Kita kena letak ape-ape ke?" (sekadar menguji hadi...)
Hadi : "Ye la....kan pakcik K ngan chik Mirah dah bagi kita kuih... Kita kena la bagi pakcik K ngan chik Mirah makanan pulak"
Ummi : "Oh... macam tu ke...?" (menguji hadi lagi...)
Hadi : "Ye la...... sian pakcik K ngan chik Mirah.... dapat bekas kosong" "Ummi.... Ummi buat la kek... nanti abang nak masuk dalam bekas nie. Nak bagi kat pakcik K dengan chik Mirah.."
Ummi : "Ok... petang nie ummi buatkan kek..."

Tersenyum ummi sepanjang perjalanan balik ke rumah.... Alhamdulillah anak ummi tahu rupanya.... apa yang sepatutnya dan sebaiknya kita lakukan bila seseorang beri sesuatu kepada kita... untuk menunjukkan yang kita berbudi dan berbahasa.....

So, petang tu ummi pun buatkan la kek seperti yang hadi minta... Jadi la kek nie....
Marble Cheesecake...

Saje buat kek nie.... Dah kebetulan hadi nak bagi kat chik Mirah nyer... and teringat yang Munirah pernah menyebut teringin nak makan kek cheese yang bercoklat.. Tu yang buat kek nie..





Sunday, June 12, 2011

Anak Teruna Ummi

Alhamdulillah tanggal 3hb June 2011, anak teruna ummi selamat dikhatankan di usia 4 tahun 9 bulan....:-)

Ummi tabik dengan kesungguhan dan keberanian anak teruna ummi yang beriya2 minta disunatkan... Merengek untuk disunatkan sejak bulan 3...alhamdulillah terlaksana jugak hasrat anak teruna ummi walaupun lepas selesai bersunat...tak abis2 dia sebut "Ummi, abang tak nak sunat dah!!!! Abang tak mau sunat lagi!!!!". Hehehe....serik betul dia! Orang yang bersemangat sebelumnya, akhirnya 'menyesal' sebab bersunat.... Tapi lepas dah beri penjelasan, dia dapat terima hakikat dan bersyukur sebab dah selesai bersunat.... Ummi ngan abi pun lega sesangat sebab satu2nya anak lelaki ummi dah selesai bersunat.....

Alhamdulillah......

Tuesday, May 31, 2011

Maafkan adinda......

Assalamualikum buat semua kekandaku....

Adinda mohon kemaafan sekiranya post yang sebelum ini menyinggung perasaan kekanda semua... Tiada niat di hati adinda untuk berbuat demikian... Adinda hanya berkongsi apa yang adinda lihat........apa yang adinda rasa.... dan luahan2 kecil yang seringkali terdengar di telinga adinda.... luah2 harapan seorang ibu.... di mana ungkapan kata di mulutnya yang sringkali bertentangan dengan apa yang dihajati jauh di lubuk hatinya....

Seperti yang tertulis sebelum ini....bukan niat tidak mahu memahami.... tapi sekadar berkongsi rasa... yang mungkin takkan diluahkan oleh seorang ibu yang amat memahami anak-anaknya... Adinda cuma sekadar cuba menyelami apa yang mungkin dihajati oleh seorang yang bergelar ibu.... mak kita..... sekadar cuba menyampaikan apa yang mungkin takkan disampaikan oleh mak kita yang sesekali takkan mahu membebankan anak2nya...

Adinda tahu...kekanda semua juga amat memahami apa yang mak inginkan... tapi kita terikat dengan tanggungjawab masing2...

Salam sayang dari adinda bongsu kalian......

Maafkan adinda.....

Sunday, May 29, 2011

Mak kita.....: "Tak pe......."

Alhamdulillah............. Hari Sabtu baru nie mak selamat buat kenduri di rumahnya seperti tahun2 sebelumnya... Memang letith.... Sampaikan aku & mak demam hingga ke hari nie.. Mungkin juga disebabkan faktor cuaca... Apepun, aku cukup berpuas hati sebab dapat bantu mak... Yang penting niat mak dapat ditunaikan...

Kepada Kak Long, Along, Mas, Aley & Ammie..... Sedih jugak bila u all tak dapat turut sama dalam kenduri tu... Tapi, insyaAllah.......kami faham keadaan u all.... Cuma as usual, mak sentiasa mengharap hingga di saat akhir sebelum kenduri bermula... Macam biasa la... Harapan tetap mak simpan walau di mulut mak.........

"Tak pe..... mak tak kisah.... mak faham keadaan anak2 mak...."
"Tak pe..... mak tak paksa anak2 mak balik..... mak cuma bagitau je.... sape yang nak balik.... balik la.... tapi mak tak paksa...."
"Tak pe..... mak tak nak susahkan anak2 mak..... dia orang masing2 ada hal... ada masalah masing2........"
"Tak pe..... cakap kat dia orang, tak payah susah2 nak balik kalau tak boleh balik..... mak tak kisah.... mak tak ambik hati....."
"Tak pe..... "
"Tak pe.... "
"Tak pe...."

Cuma apa yang sentiasa bermain di fikiran..... BENARKAH SEBENARNYA.....

"TAK PE..." ????????

Bukan nak membebankan fikiran....... bukan nak membuat sesiapa rasa bersalah...... bukan nak mengatakan ape2.... bukan tak mahu faham keadaan dan situasi sesiapa......sekadar berkongsi ape yang dilihat.... sekadar berkongsi ape yang dirasa..... sekadar menyampaikan ape yang mungkina tersembunyi sebenarnya..... menilai sekadar apa yang kelihatan pada mata kasar adinda bongsu ini...

Mak kita....

Cuba memilih sebaik2 tarikh..... meminda beberapa kali tarikh.... hingga akhirnya dengan dengan penuh yakin dan harapan memilih tarikh 28 Mei 2011......
Cuti sekolah telah bermula waktu itu.....
paling tersembunyi di sebalik tarikh itu.........
tarikh itu adalah sehari selepas tarikh Ulangtahun Kelahiran mak yang jatuh pada hari Jumaat.. (27 Mei 2011)

Mungkin di sebalik "TAK PE...."
Mak sebenarnya menyelit satu harapan...... satu keinginan..... sesuatu yang kita sebenarnya tak tahu kerana sikap "TAKPE...." mak kita....
Tapi..... tarikh tu dah berlalu...... keyakinan mak memlilih tarikh itu agaknya masih tidak tepat.... Mungkin apa yang bermain di fikiran mak....

"Tak pe...... panjang umur, mungkin tahun depan apa yang diharapkan akan dimakbulkan Allah....."

BENAR...
Setiap kita punya masalah masing2...... punya tanggungjawab masing2....... punya hal masing2....... punya tanggungjawab masing....... punya peranan masing2...... punya ape2 jua... masing2....

Tapi......

Kita fikir-fikirkanlah.........................

Maafkan adinda....................

Thursday, May 19, 2011

Post for Hadi.....Alhamdulillah....

Hadi bersama 'kasih sayang'nya..... Hadi kata 'nie sayang untuk ummi'....


Pada orang lain mungkin biasa.....tapi pada ummi yang bersama hadi sejak kecil....rasa seronok sangat bila nampak banyak perubahan pada Hadi.... mungkin ummi yang salah sebab selalu bandingkan hadi dengan orang lain hingga terkadang ummi tak nampak kelebihan hadi.... anak ummi makin hari makin rajin.....sampaikan kadang2 ummi pulak yang tak sempat nak bagi perhatian.... banyak kemahiran yang hadi dah kuasai dan ingatan hadi jugak semakin baik..... ummi tak nak lagi bandingkan hadi dengan sesiap kerana pada ummi anak ummi punyai kekuatan dan kelebihan tersendiri... mungkin hadi tak advanced macam kawan2 yang lain dalam satu sudut, tapi di satu sudut yang lain, hadi nampak lebih membanggakan berbanding orang lain.... ummi tau anak ummi sentiasa berusaha untuk maju... ummi percaya anak ummi akan mampu cemerlang satu hari nanti, baik di dunia dan mudah-mudahan di akhirat juga...

maafkan ummi kalau ummi tak mampu berikan yang terbaik buat hadi... ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi di dunia dan di akhirat....

UMMI SAYANG HADI!

Monday, May 16, 2011

Hari Ini Hari Kita...

SELAMAT HARI GURU!

Hari memang selamat........tapi guru belum tentu selamat....... Namun.....semoga keringat sebagai seorang guru itu, kita akan diselamatkan....... semoga keihklasan dan ketulusan seorang guru itu, kita akan diselamatkan......... semoga nawaitu kerana Allah itu, kita akan diselamatkan.... Selamat di lubang kubur..... Selamat di Padang Mahsyar...... Selamat di atas titian asSirat dan akhirnya ditempatkan di tempat yang paling SELAMAT. Semua itu habuan seorang GURU...... BAHAGIAnya GURU......
SELAMATnya GURU...
InsyaALLAH......


Tuesday, April 19, 2011

BUSY!!!

Busy! Busy! Busy! banyaknyer keje nak buat.... Kadang2 rasa tak terkejar dibuatnyer.... huhuhuu..... kat sekolah lg....kat umah lg.... huhuhu

Sunday, April 3, 2011

Anak-anak ummi tak sihat lagi.....:-(


Hari nie, ummi terpaksa ambil Cuti Rehat emergency lagi.. Anak-anak ummi semuanya tak sihat. Hadi masih batuk & selsema, Hannan pun sama.....and yang paling merisaukan ummi, Hani demam lagi... Batuk & selsema dia pun nampak makin teruk. Nafas pun dah berbunyi... Ummi risau Hani demam macam awal Januari tahun nie.. Mudah-mudahan anak-anak ummi tak melarat demamnya..

Friday, April 1, 2011

Hani Dan 3 years!!!

Hani potong kek dengan abi..
Comelnya princess ummi..
Just a simple cake from ummi to my lovely Hani..

Monday, March 28, 2011

Hannan Baru Mula Melangkah....

Semalam, Hannan baru mula menapak dan melangkah..... Seronoknyer tengok Hannan mengatur langkahnya sikit demi sikit.. Hadi ngan Hani seronok sangat bila tengok adiknyer dah boleh jalan... Wah, Hannan terror!!! Tu la ayat yang asyik disebut abang dan kakaknyer tu..

Hannan pun nampak excited sangat melangkah. Tambah pulak abang dan kakaknyer siap bertepuk-tepuk tangan bila tengok Hannan berjalan.. Tu yang buat Hannan asyik nak melangkah je, walaupun asyik la terjatuh....hehhe

Apapun, ALhamdulillah.....syukur kepada Allah... Anak kecil ummi dah mula melangkah dan akan terus melangkah... Mudah-mudahan langkah-langkah kecil ini akan membuahkan langkah-langkah yang lebih besar sebagai anak yang solehah....

Thursday, March 17, 2011

CUTI....!....?....

Hari nie masih lagi dalam tempoh Cuti Sekolah.... Awal cuti meriangkan bila Along, Abg. Long & anak2 (Taqiah, 'Ammar, Ahmad, Akmal & Amnan) balik bercuti di umah mak... Seronoknyer!!! Riangnyer!!! Ummi dan anak2 ummi memang rasa best sesangat!!! Biasa la....selalunye umah mak cuma kami sefamily je yang balik...tapi bila ada yang lain memang happening habis!!!

Bercuti bersama family memang seronok!! Dapat bawak anak2 ummi ke Taiping Night Safari bersama family mak long... Walaupun kita stay di Selama and selalu ke Taiping, tapi kita tak pernah pegi Taiping Night Safari... So, nampak sangat anak2 ummi happy and enjoy sangat!!! Ye la....first time pegi...:-)

Then for the first time jugak ummi bawak anak2 ummi ke Bukit Merah Laketown.... Hadi & Hani excited sangat dapat mandi manda kat sana. Hannan pun mandi jugak!! Sampai terlena2 masa kat dalam air....heheheh......Seronok ummi tengok anak2 ummi happy bersama kakak and abang2 sepupunyer... To my lovely Taqiah, Bama, Amad, Akmal & Amnan......thanks sebab tak jemu2 layan anak2 makusu.... Memang setiap kali bersama korang, makusu rasa happy sangat!!!

Tapi.....

Semalam.....hari nie....dan rasanya esok2 pun sama..... tak ke mana2 pun.... Duk kat rumah je la.... sian pulak kat anak2 ummi.....nampak depa macam boring je.... hadi duk request ajak pegi mana2... tapi abi pulak tak nak ke mana2.... So stay je kat umah... :-(

Thursday, March 3, 2011

Sabar...........

Akhir-akhir nie, Hadi banyak menguji kesabaran ummi.... Ummi tau...ummi perlu bijak menangani setiap tindakan, perkataan dan perbuatan Hadi yg kadang2 menggegar kesabaran ummi... Tp ummi juga manusia biasa yg kdg kala kalah dengan situasi yang dihadapi...

Maafkan ummi sayang.... Lately Hadi memang selalu kena marah. mungkin cara ummi terlalu kasar, tp ummi nak Hadi tau yang ummi terlalu sayangkan Hadi.. Ummi nak Hadi jadi anak yang soleh, cerdik dan pintar.... Terlalu tinggi harapan ummi pada Hadi.... Tiap malam ummi menangis mengenangkan setiap apa yang berlaku setiap hari...

Ummi sentiasa berusaha mengajar diri ummi agar banyak bersabar dan sentiasa bertindak dalam kawalan iman... Ummi takut tindakan ummi tersasar... Mudah2n Allah sentiasa bantu ummi dalam mendidik anak2 ummi...

SABAR........

Tuesday, February 15, 2011

Cookies pulak!!


Sebenarnya dah banyak hari Hadi duk minta ummi buatkan 'biskut macam yang kita beli kat kedai tu..". Tu la ayat Hadi bila nak minta ummi buatkan cookies ala2 chipsmore katanyer... So, dah hari nie cuti...buatkan la jugak simle cookies untuk dia. Memang dia makan sungguh2! :-)

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul

Hehehe....Masak lagi!!!

Petang tadi, asyik terfikir nak buat ape la dengan roti yang tak habis... Anak2 pun dah tak nak makan roti tu... So, buka internet, cari la resepi.. Hehehe....jumpa resepi kat koleksi resepi kak Hanieliza.... Puding Roti Caramel.. Cuba la buat... mmmm.....yummy!!!

Hadi ngan Hani yak sabar2 nak makan.... Hani yang nampak berselera sangat... Hadi macam biasa la, makan sikit je...

Ok la tu... :-)

Tuesday, February 1, 2011

For The First Time....:-). Fruit tart...

My Fruit Tart......Heheheh.........Memang suka sangat makan fruit tart nie... Yummy!!! Dah lama nak cuba buat sendiri, tapi tak pernah terlaksana... banyak sangat kekangannya...

Tapi petang tadi dengan penuh semangatnya pi beli bahan-bahan untuk buat tart nie... Risau gak tak jadi sebab I nie bukannya pandai sangat bab buat-buat kuih nie... Lagipun tak pernah buat.......Tapi, Alhamdulillah, at last jadi gak my fruit tart nie... Suke sangat!!!

Tapi yang syoknya Hadi ngan Hani makan pastrinya aje.... All the filling dikeuarkannya... Sabor aje la... Penat2 ummi buat... Tapi, ok la... at least depa makan jugak... :-)




Friday, January 28, 2011

Ke Sekolah Hadi...


Pagi tadi ke Taski Hidayah....jumpa dengan cikgu2 Hadi. After a month, nak juga tau mcmana perkembangan satu-satunya my hero tu...

Good and not good.....dua2 ader... Yang goodnyer, Alhamdulillah cikgu2 Hadi bagitau yang Hadi seorang yang mudah mendengar kata dan dapat mengikuti p&p dengan baik. Tapi yang tak berapa best dengar bila cikgu2 cakap Hadi nie 'loyar buruk' sikit.. Tapi so far cikgunya kata, keloyaran buruk dia masih dapat dikawal.... tapi...as a ummi..... frust la jugak dengar... Sebab cikgu dia kata, Hadi seakan sengaja mencabar kesabaran cikgu2 dia.... :-(

Petang tadi sembang2 la dengan Hadi..... nasihat kat dia & cuba explain kat dia ape yang patut and ape yang tak patut dia buat masa tengah belajar dalam kelas... Sebelum nie pun pernah jugak pesan, tapi tak sangka pulak dia boleh loyar buruk pulak kat dalam kelas...

Mudah-mudahan Hadi tak berterusan mcam tu, sebab risau jugak.... Ye la...me as a teacher of course understand bila our student act just like Hadi...lama2 hilang gak sabar... Mudah2n anak ummi akan lebih beri tumpuan dan jadi anak yang soleh & cerdik...aminnn


Wednesday, January 19, 2011

2 minggu yang berlalu...

Hari ni..Selasa...minggu ke-3 persekolahan bagi sesi kali nie... 2 minggu dah berlalu... Banyak sangat rasanya yang ditempuh dalam tempoh itu...

Minggu pertama yang amat menguji..... Terasa kalut....terkial-kial nak stabilkan pengurusan masa... Al-maklumlah, puteraku Hadi buat kali pertamanya menjejakkan kaki sebagai murid sekolah walaupun hanya sebagai murid TADIKA si Taski hidayah.... :-) Alhamdulillah, anak bujang ummi amat memudahkan urusan ummi...semua kerisauan 'first day school' yang sentiasa bermain dalam kepala ummi...'blink' macam tu je... Anak ummi rupanya langsung tak meragam... Siap marah2 ummi lagi sebab ummi tunggu hadi kat sekolah masa first day tu... heheh... Luv u my hero!!

Minggu pertama ummi teruji di pagi Khamis... My little baby jatuh dan menyebabkan hidungnya mengeluarkan darah... Bayangkan panik & kalutnya ummi bila tengok baby ummi menangis kesakitan dengan hidung yang berdarah.... Cuti Rehat ummi terpaksa diambil walaupun baru 3 hari memulakan sesi persekolahan... Tapi ummi puas hati sebab dapat monitor Hannan for the whole day. Alhamdulillah pendarahan yang berlaku tidak serius... Tapi cukup untuk memberi kesan dan peringatan kepada ummi untuk lebih berhati2 dan lebih mengawasi di masa2 yg akan datang...


Minggu ke-2 ummi teruji lagi...... puteri hati ummi....Ummu Hani diserang demam panas yang bisa membuatkan ummi mengalirkan airmata melihanya... Tak sanggup ummi melihat Hani kekejangan hingga tak mampu berdiri sewaktu suhu badan yang terlalu panas... Anak ummi yang riuh dan keletah mulutnya, cuma mampu terbaring dan menrengek... Ya Allah... paniknya ummi masa tu... Alhamdulillah abi sentiasa cool dan dapat mengawal keadaan... Ummi je yang tak habis2 panik... Demam Hani berlarutan... Tapi Alhamdulillah, 2 hari ni Hani dah kembali sihat dan riang macam sebelum2 nie...

2 minggu yang berlalu....... Allah uji kesabaran ummi.... Allah uji kekuatan ummi.... Terima kasih Ya Allah..... ujian yang Kau berikan kepadaku....terlalu banyak hikmah yang tersembunyi... Aku akui diriku resah tetapi mengingatiMu membuatkan hilang segala keresahan.....Subhanallah......... Alhamdulillah........ Allahuakbar.....

Abang Hadi dan UPSR 2018

Minggu ni abang Hadi tengah struggle dengan UPSR dari 24/9/2018 hingga 27/9/2018... Doa ummi dan abi sentiasa mengiring setiap detik aba...