Monday, July 25, 2011

Abdul Majeed..



Dia anak didikku yang pertama sebaik aku diarahkan membuka Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SKRP.. Di awal aku mengenalinya, Majeed @ Abang Long mengalami kecelaruan emosi yang terlalu teruk.. Pelbagai teknik yang aku guna untuk mendekatinya... kadang-kadang menyanyi... kadang-kadang bercerita... kadang-kadang aku jadi sepertinya yang sering bercelaru cerita dan pertuturannya.. aku cuba selami anak didikku yang seorang ini.. Abdul Majeed amat cemburu orangnya... Tatkala aku menerima beberapa pelajar baru, dia la yang akan menarik muka dan menunjuk perasaan cemburu dengan pelbagai cara.. Tapi dia sering menyentuh hatiku dan pastinya sentiasa menambat hatiku untuk jatuh sayang padanya.. Abdul Majeed benar-benar istimewa!

Berlatar belakangkan hidup yang penuh kecelaruan akibat perpisahan kedua ibu ayahnya.. Majeed di awalnya kerap kelihatan tersepit....bingung dan amat bercelaru pemikirannya.. Namun sebagai murid pendidikan khas BP, Abdul Majeed boleh dikategorikan sebagai murid yang cemerlang berbanding murid lain.. Kekuatan ingatan dan kebolehan menghafal dalam masa yang singkat membuatkan dia lebih pantas belajar berbanding rakan0rakannya yang lain..

Satu keistimewaannya.... Majeed miliki suara yang lunak dan lemak merdu... Pasti setiap telinga yang mendengar akan tertarik untuk terus mendengar suaranya sekiranya dia menyanyi.. Minatnya terhadap Al-Quran menjadikan dirinya mudah menghafal dan mengalunkan ayat-ayat suci dengan berlagu hanya dengan mendengar rakaman CD. Biasanya masa yang diambil untuk dia menghafal sesuatu takkan sampai semingggu.. Itulah kehebatan Majeed..

Alhamdulillah.... bermula 2007 aku mula melatih Majeed untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas... Cubaan pertama yang amat membanggakan apabila Majeed mendapat tempat ke-3 di peringkat Daerah LMS pada tahun 2007. Tahun 2008 Majeed mengorak selangkah lagi apabila bergelar Naib Johan di peringkat daerah. Tahun 2009 sekali lagi Majeed menjadi Naib Johan di peringkat daerah. Dan yang pastinya syukur dipanjat ke hadrat Illahi apabila pada tahun ini...2011...Majeed mampu menggenggam kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas (BP) di peringkat Daerah LMS. Tiada apa yang menggembirakan aku setelah melihat kejayaan yang diperolehi oleh Abdul Majeed @ Abang Long yang kukenal sejak 2007.. Berkat kegigihannya berlatih tanpa jemu, akhirnya kejayaan miliknya.. Aku bersama guru-guru lain pastinya amat puas dengan kejayaannya... Aku dan guru-guru yang lain hanya sekadar melatih &nmembimbing tetapi kebolehan dan bakat yang ada pada dirinya yang menjadikannya insan hebat!

Subhanallah....... Alhamdulillah..... Allahuakbar!!


2 comments:

qid_ said...

salam,
ermm abdul majeed ni pljr pendidikan khas??wahh!!kagum ngan die...
ermm BP tu ape erkk??

U*M*M*U***I*M*A*N said...

Aqid, Abdul Majeed nie anak murid ummi dari kelas pendidikan khas. BP tu means Bermasalah pembelajaan. Majeed nie seorang muird yang mempunyai Epilepsi ( sawan ).

Abang Hadi dan UPSR 2018

Minggu ni abang Hadi tengah struggle dengan UPSR dari 24/9/2018 hingga 27/9/2018... Doa ummi dan abi sentiasa mengiring setiap detik aba...