Pages

Monday, June 25, 2012

Anak Ummi Sakit Lagi..

Dah dua hari Hadi tak sihat...beberapa hari sebelum nie Hadi mengadu pening dan sakit kepala. Semalam dia jadi tak larat sangat dan masih mengadu pening.. Lepas pi klinik dan makan ubat, Hadi terus lena... Doktor kata mungkin sebab cuaca panas sangat dan kurang minum air kosong yang jadi punca.. Opah kata sepanjang hari Hadi tidur je. Ummi terpaksa tinggalkan Hadi kat rumah opah sebab ummi dan abi ada mesyuarat si Taiping.. Masa ummi sampai rumah opah pun, Hadi nampak tak larat sangat.. Sedihnya tengok keadaan anak ummi..

Malam tadi badan Hadi panas sangat.. Hadi tidur pun meracau2.. Bangun pagi tadi muka dan tangan hadi dah penun darah kering.. Ummi tak sedar bila hidung hari berdarah.. Ummi risau sangat tegok keadaan Hadi.. Ummi harap ini hanyalah demam panas yang biasa dan tak ada sebarang kesan serius pada kesihatan Hadi..

Pagi nie, ummi cari maklumat berkaitan simptom hidung berdarah dan sakit kepala.. Ada fakta yang mendebarkan dada ummi...:-(. Tapi, ummi berdoa sangat semoga Allah lindungi semua anak ummi dari sebarang penyakit yang serius. Ummi sentiasa doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik buat anak2 ummi..