Monday, July 25, 2011

Abdul Majeed..



Dia anak didikku yang pertama sebaik aku diarahkan membuka Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SKRP.. Di awal aku mengenalinya, Majeed @ Abang Long mengalami kecelaruan emosi yang terlalu teruk.. Pelbagai teknik yang aku guna untuk mendekatinya... kadang-kadang menyanyi... kadang-kadang bercerita... kadang-kadang aku jadi sepertinya yang sering bercelaru cerita dan pertuturannya.. aku cuba selami anak didikku yang seorang ini.. Abdul Majeed amat cemburu orangnya... Tatkala aku menerima beberapa pelajar baru, dia la yang akan menarik muka dan menunjuk perasaan cemburu dengan pelbagai cara.. Tapi dia sering menyentuh hatiku dan pastinya sentiasa menambat hatiku untuk jatuh sayang padanya.. Abdul Majeed benar-benar istimewa!

Berlatar belakangkan hidup yang penuh kecelaruan akibat perpisahan kedua ibu ayahnya.. Majeed di awalnya kerap kelihatan tersepit....bingung dan amat bercelaru pemikirannya.. Namun sebagai murid pendidikan khas BP, Abdul Majeed boleh dikategorikan sebagai murid yang cemerlang berbanding murid lain.. Kekuatan ingatan dan kebolehan menghafal dalam masa yang singkat membuatkan dia lebih pantas belajar berbanding rakan0rakannya yang lain..

Satu keistimewaannya.... Majeed miliki suara yang lunak dan lemak merdu... Pasti setiap telinga yang mendengar akan tertarik untuk terus mendengar suaranya sekiranya dia menyanyi.. Minatnya terhadap Al-Quran menjadikan dirinya mudah menghafal dan mengalunkan ayat-ayat suci dengan berlagu hanya dengan mendengar rakaman CD. Biasanya masa yang diambil untuk dia menghafal sesuatu takkan sampai semingggu.. Itulah kehebatan Majeed..

Alhamdulillah.... bermula 2007 aku mula melatih Majeed untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas... Cubaan pertama yang amat membanggakan apabila Majeed mendapat tempat ke-3 di peringkat Daerah LMS pada tahun 2007. Tahun 2008 Majeed mengorak selangkah lagi apabila bergelar Naib Johan di peringkat daerah. Tahun 2009 sekali lagi Majeed menjadi Naib Johan di peringkat daerah. Dan yang pastinya syukur dipanjat ke hadrat Illahi apabila pada tahun ini...2011...Majeed mampu menggenggam kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas (BP) di peringkat Daerah LMS. Tiada apa yang menggembirakan aku setelah melihat kejayaan yang diperolehi oleh Abdul Majeed @ Abang Long yang kukenal sejak 2007.. Berkat kegigihannya berlatih tanpa jemu, akhirnya kejayaan miliknya.. Aku bersama guru-guru lain pastinya amat puas dengan kejayaannya... Aku dan guru-guru yang lain hanya sekadar melatih &nmembimbing tetapi kebolehan dan bakat yang ada pada dirinya yang menjadikannya insan hebat!

Subhanallah....... Alhamdulillah..... Allahuakbar!!


Kegembiraan.... Alhamdulillah...

Kegembiraan...biasanya akan dikongsi...kalau boleh nak kongsi dengan semua yang tersayang...semua kawan-kawan... Tapi macamana pula kalau kegembiraan yang aku kecapi sebenarnya tidak diharapkan oleh orang lain... Senang cerita, orang tak setuju dengan berita gembira yang aku terima... Kegembiraan yang aku rasa patut dikongsi bersama rupa-rupanya tak disenangi oleh orang lain sebab AKU BUKAN YANG DIPILIH..... Aku tak pernah menjangka ini yang terjadi.. Aku sedar bukan aku yang diharapkan untuk DIPILIH.. Tapi... hakikat tetap hakikat... ALLAH SWT lebih mengetahui... Kita manusia hanya merancang... Tapi ketentuan ALLAH SWT tiada siapa yang tahu sehingga diperkenankan oleh-NYA

Teman.... Aku tidak MEMILIH untuk DIPILIH tetapi ketetapan ALLAH SWT yang buat aku TERPILIH.. Bukan aku yang pinta DIPILIH tapi siapa aku hendak menepis ketetapan ALLAH SWT yang telah membuatkan aku TERPILIH.. Aku tak pernah menagih-nagih untuk DIPILIH.... Aku tak pernah mengemis-ngemis untuk DIPILIH.. Tapi aku yakin ALLAH SWT telah menilai dan DIA sebenarnya yang telah MEMILIH..

Maafkan aku andaikata berita yang kukira gembira ini ada membuatkan segelintir teman-teman yang merasakan kurang senang.. Aku terlalu ingin berkongsi kegembiraan ini bersama kalian... Tapi andai kata kalian masih sukar menerima...cukuplah aku raikan kegembiraan ini bersama insan-insan di sekeliling...yang terhampir....yang sentiasa memahami apa yang berlaku..

Thursday, July 21, 2011

Ummi buat la kek......

Balik sekolah tadi, masa kat dalam kereta, hadi tengok bekas yang berisi kuih simpul kasih yang diberi oleh Pakcik K & Chik Mirah dia dah kosong...

Hadi : "Ummi, kuih yang pakcik K bagi dah abis ke?"
Ummi : "Ye la... abang ngan angah la yang habiskan.."
Hadi : "Ummi, bekas ni kena bagi balik kat pakcik K kan?"
Ummi : "Ye la...kenape?"
Hadi : "Dah tu, kita nak letak apa dalam bekas nie??"
Ummi :"Kita kena letak ape-ape ke?" (sekadar menguji hadi...)
Hadi : "Ye la....kan pakcik K ngan chik Mirah dah bagi kita kuih... Kita kena la bagi pakcik K ngan chik Mirah makanan pulak"
Ummi : "Oh... macam tu ke...?" (menguji hadi lagi...)
Hadi : "Ye la...... sian pakcik K ngan chik Mirah.... dapat bekas kosong" "Ummi.... Ummi buat la kek... nanti abang nak masuk dalam bekas nie. Nak bagi kat pakcik K dengan chik Mirah.."
Ummi : "Ok... petang nie ummi buatkan kek..."

Tersenyum ummi sepanjang perjalanan balik ke rumah.... Alhamdulillah anak ummi tahu rupanya.... apa yang sepatutnya dan sebaiknya kita lakukan bila seseorang beri sesuatu kepada kita... untuk menunjukkan yang kita berbudi dan berbahasa.....

So, petang tu ummi pun buatkan la kek seperti yang hadi minta... Jadi la kek nie....
Marble Cheesecake...

Saje buat kek nie.... Dah kebetulan hadi nak bagi kat chik Mirah nyer... and teringat yang Munirah pernah menyebut teringin nak makan kek cheese yang bercoklat.. Tu yang buat kek nie..





Abang Hadi dan UPSR 2018

Minggu ni abang Hadi tengah struggle dengan UPSR dari 24/9/2018 hingga 27/9/2018... Doa ummi dan abi sentiasa mengiring setiap detik aba...