Tuesday, May 31, 2011

Maafkan adinda......

Assalamualikum buat semua kekandaku....

Adinda mohon kemaafan sekiranya post yang sebelum ini menyinggung perasaan kekanda semua... Tiada niat di hati adinda untuk berbuat demikian... Adinda hanya berkongsi apa yang adinda lihat........apa yang adinda rasa.... dan luahan2 kecil yang seringkali terdengar di telinga adinda.... luah2 harapan seorang ibu.... di mana ungkapan kata di mulutnya yang sringkali bertentangan dengan apa yang dihajati jauh di lubuk hatinya....

Seperti yang tertulis sebelum ini....bukan niat tidak mahu memahami.... tapi sekadar berkongsi rasa... yang mungkin takkan diluahkan oleh seorang ibu yang amat memahami anak-anaknya... Adinda cuma sekadar cuba menyelami apa yang mungkin dihajati oleh seorang yang bergelar ibu.... mak kita..... sekadar cuba menyampaikan apa yang mungkin takkan disampaikan oleh mak kita yang sesekali takkan mahu membebankan anak2nya...

Adinda tahu...kekanda semua juga amat memahami apa yang mak inginkan... tapi kita terikat dengan tanggungjawab masing2...

Salam sayang dari adinda bongsu kalian......

Maafkan adinda.....

Sunday, May 29, 2011

Mak kita.....: "Tak pe......."

Alhamdulillah............. Hari Sabtu baru nie mak selamat buat kenduri di rumahnya seperti tahun2 sebelumnya... Memang letith.... Sampaikan aku & mak demam hingga ke hari nie.. Mungkin juga disebabkan faktor cuaca... Apepun, aku cukup berpuas hati sebab dapat bantu mak... Yang penting niat mak dapat ditunaikan...

Kepada Kak Long, Along, Mas, Aley & Ammie..... Sedih jugak bila u all tak dapat turut sama dalam kenduri tu... Tapi, insyaAllah.......kami faham keadaan u all.... Cuma as usual, mak sentiasa mengharap hingga di saat akhir sebelum kenduri bermula... Macam biasa la... Harapan tetap mak simpan walau di mulut mak.........

"Tak pe..... mak tak kisah.... mak faham keadaan anak2 mak...."
"Tak pe..... mak tak paksa anak2 mak balik..... mak cuma bagitau je.... sape yang nak balik.... balik la.... tapi mak tak paksa...."
"Tak pe..... mak tak nak susahkan anak2 mak..... dia orang masing2 ada hal... ada masalah masing2........"
"Tak pe..... cakap kat dia orang, tak payah susah2 nak balik kalau tak boleh balik..... mak tak kisah.... mak tak ambik hati....."
"Tak pe..... "
"Tak pe.... "
"Tak pe...."

Cuma apa yang sentiasa bermain di fikiran..... BENARKAH SEBENARNYA.....

"TAK PE..." ????????

Bukan nak membebankan fikiran....... bukan nak membuat sesiapa rasa bersalah...... bukan nak mengatakan ape2.... bukan tak mahu faham keadaan dan situasi sesiapa......sekadar berkongsi ape yang dilihat.... sekadar berkongsi ape yang dirasa..... sekadar menyampaikan ape yang mungkina tersembunyi sebenarnya..... menilai sekadar apa yang kelihatan pada mata kasar adinda bongsu ini...

Mak kita....

Cuba memilih sebaik2 tarikh..... meminda beberapa kali tarikh.... hingga akhirnya dengan dengan penuh yakin dan harapan memilih tarikh 28 Mei 2011......
Cuti sekolah telah bermula waktu itu.....
paling tersembunyi di sebalik tarikh itu.........
tarikh itu adalah sehari selepas tarikh Ulangtahun Kelahiran mak yang jatuh pada hari Jumaat.. (27 Mei 2011)

Mungkin di sebalik "TAK PE...."
Mak sebenarnya menyelit satu harapan...... satu keinginan..... sesuatu yang kita sebenarnya tak tahu kerana sikap "TAKPE...." mak kita....
Tapi..... tarikh tu dah berlalu...... keyakinan mak memlilih tarikh itu agaknya masih tidak tepat.... Mungkin apa yang bermain di fikiran mak....

"Tak pe...... panjang umur, mungkin tahun depan apa yang diharapkan akan dimakbulkan Allah....."

BENAR...
Setiap kita punya masalah masing2...... punya tanggungjawab masing2....... punya hal masing2....... punya tanggungjawab masing....... punya peranan masing2...... punya ape2 jua... masing2....

Tapi......

Kita fikir-fikirkanlah.........................

Maafkan adinda....................

Thursday, May 19, 2011

Post for Hadi.....Alhamdulillah....

Hadi bersama 'kasih sayang'nya..... Hadi kata 'nie sayang untuk ummi'....


Pada orang lain mungkin biasa.....tapi pada ummi yang bersama hadi sejak kecil....rasa seronok sangat bila nampak banyak perubahan pada Hadi.... mungkin ummi yang salah sebab selalu bandingkan hadi dengan orang lain hingga terkadang ummi tak nampak kelebihan hadi.... anak ummi makin hari makin rajin.....sampaikan kadang2 ummi pulak yang tak sempat nak bagi perhatian.... banyak kemahiran yang hadi dah kuasai dan ingatan hadi jugak semakin baik..... ummi tak nak lagi bandingkan hadi dengan sesiap kerana pada ummi anak ummi punyai kekuatan dan kelebihan tersendiri... mungkin hadi tak advanced macam kawan2 yang lain dalam satu sudut, tapi di satu sudut yang lain, hadi nampak lebih membanggakan berbanding orang lain.... ummi tau anak ummi sentiasa berusaha untuk maju... ummi percaya anak ummi akan mampu cemerlang satu hari nanti, baik di dunia dan mudah-mudahan di akhirat juga...

maafkan ummi kalau ummi tak mampu berikan yang terbaik buat hadi... ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk anak-anak ummi di dunia dan di akhirat....

UMMI SAYANG HADI!

Monday, May 16, 2011

Hari Ini Hari Kita...

SELAMAT HARI GURU!

Hari memang selamat........tapi guru belum tentu selamat....... Namun.....semoga keringat sebagai seorang guru itu, kita akan diselamatkan....... semoga keihklasan dan ketulusan seorang guru itu, kita akan diselamatkan......... semoga nawaitu kerana Allah itu, kita akan diselamatkan.... Selamat di lubang kubur..... Selamat di Padang Mahsyar...... Selamat di atas titian asSirat dan akhirnya ditempatkan di tempat yang paling SELAMAT. Semua itu habuan seorang GURU...... BAHAGIAnya GURU......
SELAMATnya GURU...
InsyaALLAH......


Abang Hadi dan UPSR 2018

Minggu ni abang Hadi tengah struggle dengan UPSR dari 24/9/2018 hingga 27/9/2018... Doa ummi dan abi sentiasa mengiring setiap detik aba...