Pages

Thursday, August 11, 2011

Air Katira....walah!!!!

Gini la lebih kurang rupanya Air Katira yang lazat tu!! Kalau area Utara memang ramai gak yang kurang mengenali air katira nie... Tapi kalau kat Johor.... Pergh!!! Jangan cakap la!! Memang cukup fofular!!! Tambah plak dapat Air Katira Abu Bakar... Aduhai... lamanye tak merasa air katira abu bakar...

Saya ada gak try buat air katira nie... Ramadhan 2011 nie ,dah 2 kali la buat air katira nie.. Memang sedap walaupun tak sesedap air katira abu bakar..huhuhu

Untuk kawan2 yang nak tau, air katira nie dikatakan berasal dari Pakistan. Ada gak kata berasal dari selatan India dan kalau di Malaysia memang jadi pilihan terutamanya dalam bulan Ramadhan. Air katira nie elok untuk menyejukkan bdan sebab bahan-bahan yang kita letak kat dalam air tu memang elok untuk kesihatan.

Ok la.. nie la lebih kurang resepi n cara buat air katira nie..

Rendam semalaman katira @ getah anggur sampai kembang dan bersihkan sampai dapat yang warna putih je.. (serdak2nye kita buang le..)

Rendam biji selasih sampai kembang.

Rendam buah kembang semangkuk sampai kembang dan bersihkan (asingkan biji dan kulitnya)

Hiris-hiris buah kurma dan remdam dalam air panas.

Sediakan semangkuk kecil kismis.

Campurkan ketiga-tiga bahan yang dah kembang nie & juga buah kurma serta kismis dalam jug dan ketepikan.

Then...

Masak 2Liter air dengan 12 sudu gula pasir ( atau ikut manis le.. ). Masak dengan daun pandan.. baru wangi..

Bila gula larut, masukkan lebih kurang 10 biji buah badam yang telah dikisar halus. Masak lagi sampai mendidih. Bila dah mendidih, sejukkan sekejap.

Bila dah sejuk sikit masukkan satu tin susu cair dan sedikit pewarna hijau, kacau sebati.

Tuangkan air ke dalam jug tadi and kacau sebati.

Last sekali masukkan setengah botol ais krim soda dan kacau sebati. (Masukkan ais krim soda sikit demi sikit sambil mengacau).

Sejukkan dan peti sejuk dan sedia dihidangkan..

Gitu la lebih kurang... kuantiti setiap bahan ikut kehendak masing2 le ye... Ais krim soda tu pun sama.. kalau suka lebih... lebihkan.. kalau tak.. kurangkan..