Pages

Tuesday, May 27, 2014

AIFA....

Aifa....... Title post ummi kali ni...

Siapa Aifa?? Aifa adalah salah seorang anak murid ummi ... Aifa seorang yang sentiasa ceria... sentiasa happy.... suka senyum dan ketawa... hidup dia nampak bahagia sangat... seolah2 takde masalah langsung...

Pernah sekali dia sedih.. sebab diusik oleh cikgu2 lain yang mengatakan, ummi marahkan dia...merajuk dengan dia... Sedih dia ketara... padahal ummi takde apa2 pun.. cuma kebetulan ummi agak busy masa tu dan tak sempat tegur dia.... apa lagi, menjadi2lah cikgu2 lain duk menggiat dia.. hehehe.... sian Aifa... siap tak datang sekolah satu hari... esoknya bila datang sekolah, ummi tegur dia.. terus senyum.. bila ummi tanya kenapa tak datang sekolah semalam, dia kata dia pening kepala sebab memikirkan tentang hal ummi yang  marahkan dia... hehehe..... Aifa... Aifa...

Dalam ramai2 anak murid ummi, Aifa dekat sangat rasanya dengan ummi... Semua tahu....ummi merupakan cikgu yang garang dan anak2 di PPKI memang tak berapa berani nak dekat dengan ummi... Tapi tidak bagi Aifa... siap boleh peluk2 ummi lagi... hehehe... Kalau ummi tengah marah, dia siap tolong tolong cool down kan ummi... so sweet..

Tadi, ummi berkesempatan hantar Aifa balik ke rumah... For the first time, ummi masuk ke kampungnya... Subhanallah!! Kecilnya jalan nak masuk ke rumahnya... agak ke dalam kampungnya... dan rumahnya... ummi rasa so touching bila melihatkan keadaan rumahnya yang kecil dan daif.. Dengan bangga Aifa menunjukkan..." Tu dia lah rumah saya cikgu!!" sambil tersenyum seolah-olah amat gembira dapat menunjukkan 'istana' tempat tinggalnya bersama keluarga...

Allah.. Allah.. Allah.. Kehidupan anakku ini daif rupanya... rumah yang tidak sempurna... jauh sekali daripada kesenangan dan kemewahan.... melihat pada dirinya yang sentiasa gembira... happy go lucky..... seolah2 takde masalah walaupun  hidup dalam suasana yang serba kekurangan.... ummi  rasa sangat tersentuh... menangis ummi bila terkenangkan senyum dan gelak tawanya... maka petang ini, terhasil lah post ini.... walaupun ummi tak tau sebenarnya macamna ummi nak luahkan rasa hati ummi sekarang... mungkin apa yang tercatat di sini hanya sedikit daripada apa yang ummi rasa...

Aifa.... Ada sesuatu dalam diri Aifa yang buat cikgu rasa dekat dengan Aifa... Cikgu sayang Aifa...

Monday, May 19, 2014

Alhamdulillah....Sekali lagi...


Alhamdulillah...... Sekali lagi Majeed Berjaya menempatkan diri ke Peringkat Kebangsaan.. Tanggal 17 Mei 2014, Majeed telah menjaya menjadi Johan dalam acara Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas Bagi Kategori Bermasalah Pembelajaran Peringkat Negeri Perak. Tahniah Majeed! Cikgu Nor bangga dengan Majeed... Alhamdulillah, usaha kita selama ni, berbuahkan hasil yang membanggakan. I'm proud of you my Hero!! :-)



In sha Allah lepas ni Majeed akan ke Pahang Darul Makmur untuk bertanding di peringkat kebangsaan... Sama-sama kita doakan untuk kejayaan Majeed dan kontigen Negeri Perak...

Alhamdulillah..... Terima Kasih Ya Allah..

Saturday, May 10, 2014

PROJEK JUALAN PPKI SEMPENA HARI GURU 2014

Assalamualaikum...

Minggu ni, ummi,kawan2 & anak2 kat PPKI SKRP, sibuk sikit menyiapkan produk jualan hadiah sempena Hari Guru 2014. Seronok bila buat projek jualan macam ni.. Setiap tahun aktiviti macam ni menjadi tradisi PPKI SKRP.. Tahun ni, perancangan dan penyediaan produk rasanya lebih sistematik berbanding tahun2 lepas.. So, isnin ni PPKI SKRP akan open table untuk jualan. Diharapkan akan mendapat sambutan seperti tahun2 sudah...


Ni la antara produk jualan PPKI SKRP.... Ada yang merupakan produk hasilan PPKI sendiri, dan ada yang dibeli and then kami buat packaging and letak simple sweet card..

Diharapkan dapat sambutan!!! ;-)

Tuesday, May 6, 2014

Pemilihan wakil MTAQ Pend. Khas Daerah LMS 2014

Alhamdulillah,  hari ni ummi bawa anak murid ummi, Abdul Majeed ke pemilihan MTAQ P. Khas Daerah LMS bagi acara tilawah kategori junior.. Tahun ni tahun akhir Majeed dalam kategori ni dan bermakna tahun akhir Majeed bersama2 ummi di PPKI SKRP.. Sedih pulak rasa...sejak berumur 7 tahun sampai la umur 14 ni Majeed bersama2 ummi.. Banyak kejayaan Majeed dalam acara Tilawah sejak mula Majeed sertai sampai la sekarang.  Tahun 2013, Majeed mewakili negeri Perak ke peringkat kebangsaan... Tahun ni tak tai la mcamana pula rezeki Majeed... ummi doakan yang terbaik untuk Majeed.

Alhamdulillah...........


Alhamdulillah...........Sanah Helwah!!  Heheh....sendiri ucap.... Tahun ni, ummi dan menjejak umur 39 tahun.... Alhamdulillah, banyak ucapan yang diterima hari ni.... Ucapan pertama adalah daripada anak bujang ummi...'Abdullah Hadi Iman yang awal2 pagi lagi dah teringat yang hari ni birthday ummi... then my lovely MOM...tima kasih mak.. and of course my heart...my hubby...

Alhamdulillah..... Bersyukur kepada Allah SWT kerana masih memberi peluang untuk ummi bernafas di dunia kepunyaan-NYA ini.. Terlalu banyak nikmat yang Allah SWT berikan sepanjang usia ini... Semoga kita tidak tergolong dalam golongan yang kufur nikmat... Semoga segala nikmat yang Allah SWT kurniakan ini kita gunakan di jalan-NYA.... in sha Allah....

Setahun umur bertambah....semakin dekat rasanya diri ini dengan kematian... Suatu yang pasti yang kita tak tau bila...di mana...dan bagaimana.... Cuma sebagai hamba, selalulah kita berdoa agar kita dimatikan dalam keadaan sebaik-baik kematian.... Matilah kita dalam keimanan kepada Allah SWT... Matilah kita dalam rahmat-NYA.... Matilah kita sebagai kekasih-NYA... Semoga ilmu, amal dan iabadat kita akan semakin bertambah dan dilipat gandakan....agar keberkatan dan rehda Allah SWT sentiasa bersama kita....

Sekali lagi, terima kasih atas semua ingatan dan ucapan yang disampaikan kepada ummi hari ini. Terima kasih atas segala doa...semoga kita sama-sama dipayungi Rahmat Allah SWT....

Kita BerTomYam Lagi!!!

Assalamualaikum WBT....

Petang semalam buat tomyam lagi.....melayan anakanda puteri yang demam....nak makan nasi putih dengan tomyam...

Fikir punya fikir, ummi rasa, elok la kiranya ummi buat je pes tomyam and simpan dalam peti.. Then pasni kalo nak buat tomyam, senang le... Google punya google dan tambah sikit dengan citarasa ummi, terhasil la Pes Tomyan Ummi...heheh.. So, ni nak share la resepinye...

Bahan2nya:

1 labu bawang besar yang besar size nyer...
8 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
3 batang serai dihiris2
5 helai daun limau purut
3 biji buah tomato
Asam jawa adabi secukupnya
Garam + gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara2nya:

Blend kesemua bahan yang berwarna biru tu (masukkan air sikit)
Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend
Perisakan dengan asam jawa + garam + gula (ummi tambah perencah hilal sikit)
Tumis dengan api sederhana sampai masak dan kering air
Pastu tutup api....and siap!

 
Ni dia!!!
 
Boleh la disimpan ye.. Bila-bila nak wat tomyam, boleh guna pes tomyam nie... Banyak jugak dapat.... rasanya boleh jugak beberapa kali buat tomyam... So, lepas ni tak payah la lagi nak guna kiub tomyam yang kat kedai tu.... buat sendiri lagi sedap...selamat....dan jimat!

Saturday, May 3, 2014

Tom Yam tanpa Kiub

Baru2 nie pos pic tomyam kat fb... Saja share...first time cuba buat tomyam merah tanpa guna kiub tomyam. Selalu kalau tak guna kiub tomyam, buat tomyam putih je... Tapi ni baru cuba buat tomyam merah... Kredit to Cikgu Ishak yang share sikit resepi dia...the rest, main pandai sendiri je... Alhamdulillah, jadikk...rasa masam manis tomato tu yang best..

Ni, ummi share la resepi yang tak seberapa...

Bahan-bahanya:
 
5biji tomato - diblend
1 labu bawang besar + 6 ulas bawang putih + 2 batang serai - di blend
3 batang serai - diketuk
3 helai daun limau purut
Jus limau secukup masamnya...:-)
Garam secukup rasa.. + Perasa (ummi guna perencah hilal)
Sotong + udang + daging / ayam secukupnya
Sayur2n secukupnya (ummi just masukkan bunga kobis, carrot & cendawan je..)
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
 
Cara-caranya:
 
Panaskan minyak dan tumis tomato yang diblend
Then masukkan bahan2 lain yang dah diblend dan tumis sampai wangi
Masukkan serai yang diketuk and daun limau kasturi
Masukkan sotong + daging / ayam dan kacau2kan
Masukkan air + jus limau + garam + perencah hilal
Renihkan sehingga mendidih..
Then masukkan sayur2n + udang
Didihkan lagi dgn api sederhana
Then.....siap!!!

Tadaaaa.... Memang maveles!!


Tomyam yang ummi buat ni memang takde bawang yang dihiris @ dipotong2.....sebabnya warga rumah nie mmg tak suka makan bawang....blend tak pe....sebab dah tak Nampak rupa bawang tu...heheh...macam2!!