Pages

Tuesday, May 6, 2014

Kita BerTomYam Lagi!!!

Assalamualaikum WBT....

Petang semalam buat tomyam lagi.....melayan anakanda puteri yang demam....nak makan nasi putih dengan tomyam...

Fikir punya fikir, ummi rasa, elok la kiranya ummi buat je pes tomyam and simpan dalam peti.. Then pasni kalo nak buat tomyam, senang le... Google punya google dan tambah sikit dengan citarasa ummi, terhasil la Pes Tomyan Ummi...heheh.. So, ni nak share la resepinye...

Bahan2nya:

1 labu bawang besar yang besar size nyer...
8 ulas bawang putih
1 inci belacan bakar
3 batang serai dihiris2
5 helai daun limau purut
3 biji buah tomato
Asam jawa adabi secukupnya
Garam + gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara2nya:

Blend kesemua bahan yang berwarna biru tu (masukkan air sikit)
Panaskan minyak dan tumis bahan yang diblend
Perisakan dengan asam jawa + garam + gula (ummi tambah perencah hilal sikit)
Tumis dengan api sederhana sampai masak dan kering air
Pastu tutup api....and siap!

 
Ni dia!!!
 
Boleh la disimpan ye.. Bila-bila nak wat tomyam, boleh guna pes tomyam nie... Banyak jugak dapat.... rasanya boleh jugak beberapa kali buat tomyam... So, lepas ni tak payah la lagi nak guna kiub tomyam yang kat kedai tu.... buat sendiri lagi sedap...selamat....dan jimat!

No comments: