Sunday, May 29, 2011

Mak kita.....: "Tak pe......."

Alhamdulillah............. Hari Sabtu baru nie mak selamat buat kenduri di rumahnya seperti tahun2 sebelumnya... Memang letith.... Sampaikan aku & mak demam hingga ke hari nie.. Mungkin juga disebabkan faktor cuaca... Apepun, aku cukup berpuas hati sebab dapat bantu mak... Yang penting niat mak dapat ditunaikan...

Kepada Kak Long, Along, Mas, Aley & Ammie..... Sedih jugak bila u all tak dapat turut sama dalam kenduri tu... Tapi, insyaAllah.......kami faham keadaan u all.... Cuma as usual, mak sentiasa mengharap hingga di saat akhir sebelum kenduri bermula... Macam biasa la... Harapan tetap mak simpan walau di mulut mak.........

"Tak pe..... mak tak kisah.... mak faham keadaan anak2 mak...."
"Tak pe..... mak tak paksa anak2 mak balik..... mak cuma bagitau je.... sape yang nak balik.... balik la.... tapi mak tak paksa...."
"Tak pe..... mak tak nak susahkan anak2 mak..... dia orang masing2 ada hal... ada masalah masing2........"
"Tak pe..... cakap kat dia orang, tak payah susah2 nak balik kalau tak boleh balik..... mak tak kisah.... mak tak ambik hati....."
"Tak pe..... "
"Tak pe.... "
"Tak pe...."

Cuma apa yang sentiasa bermain di fikiran..... BENARKAH SEBENARNYA.....

"TAK PE..." ????????

Bukan nak membebankan fikiran....... bukan nak membuat sesiapa rasa bersalah...... bukan nak mengatakan ape2.... bukan tak mahu faham keadaan dan situasi sesiapa......sekadar berkongsi ape yang dilihat.... sekadar berkongsi ape yang dirasa..... sekadar menyampaikan ape yang mungkina tersembunyi sebenarnya..... menilai sekadar apa yang kelihatan pada mata kasar adinda bongsu ini...

Mak kita....

Cuba memilih sebaik2 tarikh..... meminda beberapa kali tarikh.... hingga akhirnya dengan dengan penuh yakin dan harapan memilih tarikh 28 Mei 2011......
Cuti sekolah telah bermula waktu itu.....
paling tersembunyi di sebalik tarikh itu.........
tarikh itu adalah sehari selepas tarikh Ulangtahun Kelahiran mak yang jatuh pada hari Jumaat.. (27 Mei 2011)

Mungkin di sebalik "TAK PE...."
Mak sebenarnya menyelit satu harapan...... satu keinginan..... sesuatu yang kita sebenarnya tak tahu kerana sikap "TAKPE...." mak kita....
Tapi..... tarikh tu dah berlalu...... keyakinan mak memlilih tarikh itu agaknya masih tidak tepat.... Mungkin apa yang bermain di fikiran mak....

"Tak pe...... panjang umur, mungkin tahun depan apa yang diharapkan akan dimakbulkan Allah....."

BENAR...
Setiap kita punya masalah masing2...... punya tanggungjawab masing2....... punya hal masing2....... punya tanggungjawab masing....... punya peranan masing2...... punya ape2 jua... masing2....

Tapi......

Kita fikir-fikirkanlah.........................

Maafkan adinda....................

No comments:

Abang Hadi dan UPSR 2018

Minggu ni abang Hadi tengah struggle dengan UPSR dari 24/9/2018 hingga 27/9/2018... Doa ummi dan abi sentiasa mengiring setiap detik aba...