Pages

Monday, March 28, 2011

Hannan Baru Mula Melangkah....

Semalam, Hannan baru mula menapak dan melangkah..... Seronoknyer tengok Hannan mengatur langkahnya sikit demi sikit.. Hadi ngan Hani seronok sangat bila tengok adiknyer dah boleh jalan... Wah, Hannan terror!!! Tu la ayat yang asyik disebut abang dan kakaknyer tu..

Hannan pun nampak excited sangat melangkah. Tambah pulak abang dan kakaknyer siap bertepuk-tepuk tangan bila tengok Hannan berjalan.. Tu yang buat Hannan asyik nak melangkah je, walaupun asyik la terjatuh....hehhe

Apapun, ALhamdulillah.....syukur kepada Allah... Anak kecil ummi dah mula melangkah dan akan terus melangkah... Mudah-mudahan langkah-langkah kecil ini akan membuahkan langkah-langkah yang lebih besar sebagai anak yang solehah....

No comments: