Saturday, September 26, 2009

Kenangan Raya 09

Raya datang lagi!! Ada gembira, ada tawa, ada rindu, ada tangis...

Raya Pertama.... Moksu sefamily je beraya dengan opah.. memang sunyi, tapi jerit pekik putera-puteri Iman...riuh rendah la jugak dibuatnyer.. Kami x beraya ke mana-mana pun, lepas solat raya kat Masjid Tebing Tinggi, kami cuma pi rumah Opah Kiah je.. Selebihnyer melayan tetamu yang datang x putus-putus.. Sakit jugak la pinggang & belakang moksu membasuh pinggan mangkuk.. Petang raya, opah x bagi moksu balik ke Sg. Bedarah.. Moksu pun x sampai hati nak tinggalkan opah sorang2. So, mlm raya tu kami tido kat umah opah lagi..
Raya Kedua... Moksu berkemas-kemas untuk balik ke Sg. Bedarah. Rasa ok sikit la nak tinggalkan opah, sebab tengaharinyer family makngah akan sampai dari Mandah. Beraya di Sg. Bedarah pun kami x ke mana-mana. Dok kat umah je.. Petangnyer, opah & family makngah datang beraya kat Sg. Bedarah. Riuh rendah la umah opah sana. Siap makan malam kat sana. Dok sat, pokde tepon, bgtau dia dah sampai umah opah. So, pas makan opah ngan family mkngah pun trus balik ke Kb. Gajah.
Raya Ketiga... Moksu yang masih di Sg. Bedarah dikejutkan dengan berita anak pokde dihantar ke Hospital Taiping.. Allah je yang tau, susah hati dan sedihnya moksu dengar berita tu. Tak sabar-sabar nak balik semula ke Kb. Gajah, tapi x dapat jugak balik awal sebab ada kenduri di umah maksedara poksu. Petangnyer, moksu trus ajak poksu balik Kb. Gjah.. Berangkut la pulak moksu anak beranak balik ke Kb. Gajah. Sampai umah opah, sumer ada kat umah kecuali baby aini, mokde, pokde & opah. Baby pokde kena masuk wad. Waktu maghrib, pakcik ammie sefamily pun sampai. Bertambah la keriuhan di rumah opah.. Seronok sangat tapi dalam masa yang sama ada beberapa kesedihan yang menyentuh hati... Yang pertama mokde & baby aini terpaksa beraya di wad, yang kedua along & family memang x dpt balik beraya di kg (tahun ni betul2 tiada kejutan...) dan yang ketiga rindu sangat pada anak buah moksu yang jauh di mata tetapi dekat di hati.. Kakak Taqiah yang beraya di Mesir. Kami berulang-ulang menatap blog kakak bagi melepaskan kerinduan.. Macam biasa, mesti meleleh airmata tiap kali bercerita tentang kakak... Pokde yang first time tengok blog kakak pun nangis jugak... Pas tu kami selak album lama, tengok gambar kakak masa kecik.. Pokde kata, tak sangka budak tembam nie dah besar...dah kurus...& dah pi belajar di Mesir..
Raya Keempat... Masih di rumah opah. Memeriah dan meriuhkan umah opah dengan gelagat anak cucu yang memenuhi luar dan dalam umah opah.. Opah macam biasa la, riuh terjerit2 tiap kali cucu-cucunya buat 'macam-macam keje'.. :-). Pak Ngah bertindak jadi Chef. Tak berenti-renti memasak dari pagi sampai la ke malam. Hari nie jugak pakcik ammie buat open house untuk kawan-kawan sekolah lama dia.. Alhamdulillah moksu rasa sihat dan dapat membantu pakngah, makngah & opah memasak. Menu spesel hari nie.. Nasi Minyak Opah&PakNgah + Ayam Masak Merah Moksu + Kari Ayam MakNgah + Udang Masak Tomato Moksu... :-). Pokde plak ke hospital, temankan mokde & baby aini.. Petangnye pokde balik dan bagitau InsyaAllah esok baby aini dah boleh kuar wad... Alhamdulillah...
Raya Kelima... Kami masih berkumpul di umah opah.. Pun x beraya ke mana-mana. Kami amik peluang nie untuk berkumpul dan bercerita itu dan ini. Bukan selalu dapat riuh-riuh macam nie.. Tengaharinye, pokde pi hospital amik mokde & baby aini. Bila sampai je, sumer terpa kat baby aini.. Sian sangat baby pokde, merengek je... Moksu sedih bila tengok kesihatan aini. Ye la, aini ngan hani sebaya, tapi nampak jauh beza. X pe la, ada la hikmah Allah buat pokde sefamily. Mudah-mudahan tabah hadapi semua ujian dari Allah.. Satu hari nanti aini aini akan sihat sepenuhnya dan membesar sama dengan hani...
Raya Keenam... Makngah n family kemas-kemas untuk balik ke Kajang.. Sedih jugak bila makngah nak balik.. Ye la.. akan berkurangan la sikit keriuhan di umah opah nie.. Ye la, moksu pun..dah la kakak yang sulung x dapat balik, bila kakak no. 2 nak balik ke kajang, memang menyedihkan... :-(. Petangnyer, pokde ajak pi beraye ke Sg. Bedarah. So, pas asar berkonvoi la pilak kami ke Sg. Bedarah bagi meriuhkan lagi sekali umah opah sana.. Pas maghrib baru gerak balik ke Kb. Gajah.. Singgah shopping kat selama jap.. :-)
Raya Ketujuh... Pagi nie family pokde dan family pakcik ammie pulak berkemas-kemas untuk balik ke banting dan johor.. Sekali lagi moksu dirundung kesedihan.. Adat la, memang tiap-tiap tahun sejak dulu, memang mkosu yang terpaksa berhadapan situasi nie bersama opah.. Kami akan menanti, kami akan menerima dan kami jugak akan melepaskan u all balik ke destinasi masing-masing.. Tiap pertemuan pastinya berakhir dengan perpisahan.. itulah rutin setiap tahun pada hari raya.. Selepas beberapa hari kita kongsi suasana gembira bersama, kita terpaksa redha dengan perpisahan ini kerana masing-masing punya tugas & tanggungjawan masing-masing... Pastinya moksu & opah rindu sangat untuk berkumpul dan beriuh rendah bersama abang-abang, kakak-kakak & anak-anak buah moksu yang sangat moksu sayang... InsyaAllah, diizinkan Allah kita pasti berkumpul lagi...
Raya Kelapan... Moksu masih di rumah opah.. Termenung sana sini.. mencari saki baki keriuhan yang telah tiada.. Rindunyer pada semua!! Terasa nak berborak-borak macam dua tiga hari sebelum nie.. Tapi yang pasti..harapan tinggal harapan.. maka terhasil la post ini.. Dalam masa yang sama, berkemas-kemas jugak untuk berangkut balik ke rumah moksu di Selama. Tapi ntah bila nak balik pun x tau la.. kaki ni malas je nak melangkah. Mungkin petang, mungkin malam @ mungkin jugak pagi-pagi esok.. :-(
Kenganan Bersama Terlalu Berharga. Moksu Rindu Pada Semua! Moksu Rindu Pada Semua! Panjang Umur Kita Jumpa Lagi... Salam 8 Syawal dari Moksu Buat Semua Yang Moksu Sayang!!

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari Raya Buat Semua

Moksu, Poksu, Hadi & Hani nak ucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin
Buat
Kak Long sefamily di Kelantan ( Jom la balik beraya di Perak..)
Along sefamily di Bangi (Balik la...jangan la x balik...sian kat mak..)
Mas sefamily di Kuala Kangsar (jumpa raya kedua...:-)...)
Aley sefamily di Banting ( Balik tau! Mak asyik menyebut kau je...)
Ammie sefamily di Mentakab (jumpa raya ketiga..)
Kakak Taqiah di Cairo ( Moksu rindu kakak...)
Adinda Normah sefamily di Kuching
Semua sanak saudara dan sahabat handai
walau di mana jua berada...


Wednesday, September 16, 2009

Esok Cuti!!!


Semalam KPM buat pengumuman, esok cuti khas sempena hari raya!! Seronok la bila dapat cuti! Tapi hari ni jadi kalut la sikit kat sekolah sebab semua benda kena settlekan hari ni.. Tak pe la.. yang penting esok cuti... :-)

Hari ni ada majlis penyampaian duit raya dan bingkisan aidilfitri untuk anak-anak didik. Budak-budak seronok sangat hari nie, sebab nak dapat duit dan kuih raya yang depa buat sendiri... Cikgu yang banyak buat sebenarnyer... :-)

Hari ni jugak hari last cikgu praktikum pend. khas - Mr. Dev. Macam x sangka plak, plannyer esok last day. Tapi hari plak kena wish good bye... Plannyer esok nak buat semakan terakhir kerja-kerja and portfolio dia, tapi sumer kena settlekan hari ni... :-\
Hari ni jugak kena rushing keluar dengan fini untuk beli beberapa benda yang sepatutnya diserahkan esok. Memang kalut betul hari nie... :-/
Tapi yang best..... Esok nak ajak mak pi Taiping!! Plan nak pi petang, tapi bole pi pagi!! Tu yang seronok!! :-)

Tuesday, September 15, 2009

Buat Kuih Raya!!!

Semalam ngan hari nie, kat sekolah kami adakan Program Bingkisan Aidilfitri. Actually ajak budak-budak buat kuih raya untuk diedarkan pada depa jugak hari Jumaat nanti. Esok acara packaging pulak. Seronok budak-budak dapat peluang buat kuih raya. Tapi cikgu-cikgunyer yang berhempas pulas sebenarnya...:-). Memang letih...tapi demi anak-anak didik cikgu nor yang comel-comel, cikgu nor gagahkan jugak... Tapi, Alhamdulillah 2 hari ni tak de la pulak muntah2 waktu pagi. Melepeknyer waktu petang je la.. :-(

Semalam langsung x sempat nak online. Tapi, Alhamdulillah aktiviti hari nie selesai awal.. Sempatlah online jap sebelum balik umah..

Hari ni x de ape-ape citer sangat.. Semalam je mak datang berbuka and tidur kat umah. Mak datang berbuka, tapi mak yang kena masak... Hehehe... Nak buat macamana, bukan sengaja. Lagipun masa nie la nak bermanja dengan mak... :-). I love U MOM!!! MMMuuuuaaaah!!!

Sunday, September 13, 2009

2-3 hari lepas dan hari ini..

Dah dua hari x menulis... Cuti, kat umah line x berapa ok. Lagipun badan x larat sangat nak open laptop. Jummat mlm sabtu, sambut bitrhday Hadi secara ala kadar je... Abi belikan kek and 2 pasang baju untuk Hadi. Ummi x dapat nak beli ape2 untuk Hadi.. Maklum la, ummi x larat nak ke mana-mana pun... Ummi cium hadi je la ye!!

Sukenye Hadi makan kek...

Semalam... Pegi check kat Selasih Specialist. Alhamdulillah, baby berkembang sihat. Masa scan nampak la tangan & kaki baby bergerak2. Syukur kepada Allah, ummi lega sangat bila nampak baby masa scan tu.. 2-3 minggu ini memang ummi risau sangat sebab keadaan ummi memang teruk sangat. Tapi bila nampak baby semalam, ummi lebih bersemangat demi baby yang sedang membesar dalam rahim ummi... Mudah-mudahan Allah berikan kesihatan yang sempurna kepada ummi dan baby dan Allah sempurnakan kejadian baby ummi... Amin.


Pagi ni... Kepala pening sangat. Kalau ikutan, memang tak berdaya nak ke sekolah. Tapi, gagahkan jugak. Tinggal seminggu je lagi sebelum cuti raya.. Ya Allah, kurniakanku kesihatan dan kekuatan untuk menempuh harihari berikutnya...

Thursday, September 10, 2009

Rindu NORHATI


Sahabatku Norhati..... Mudah-mudahan dengan menatap blog nie, ati dapat melepaskan rindu pada kami semua... Kita bagaikan satu family... I miss u!!

Sebelum Kakak Fly..



Nie antara gambar-gambar masa kat KLIA, waktu hantar Kakak Taqiah yang nak terbang ke Mesir..

UMMI KEMBALI MENULIS.....

 TANGGAL 25 DISEMBER 2024... Ummi kembali menulis...... Berhabuk.... Bersawang..... Berkulat..... Kulapuk.... Tebal seinci !! ;-D Ummi seben...