
Kucetuskan ruangan ini atas rasa cinta, kasih & sayang kepada Maha Pencipta, suami, ibu, anak-anak, dan semua ahli keluarga yang kucinta... Mudah-mudahan tautan kasih sayang antara kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan mendapat rahmat dan keberkatan dari ALLAH SWT... Salam Kasih Sayang!
Thursday, December 29, 2011
Monday, December 26, 2011
Anak ummi kian membesar
Lama tak menulis...banyak yang nak ditulis.... dan tentunya perkembangan dan karenah anak2 ummi yang jadi topik utama ummi...:-)
Cuti sekolah kian melabuhkan tirai... Diam tak diam hampir sebulan lebih ummi dapat meluangkan sepenuh masa ummi bersama putera puteri Iman ummi.. Memang kalau diikutkan banyak sangat kerja kat sekolah yang perlu ummi selesaikan sepanjang cuti sekolah nie. Tapi ummi pejamkan mata sekejap demi bersama anak2 ummi sepenuhnya... Seminggu yang berbaki nie barulah ummi cuba selesaikan kerja2 ummi... Tambah pulak laptop ummi pun baru je ok... So memang baru sekrang la ummi boleh mulakan kerje... ;-) (...alasan je tu...hihihi)
Hadi bakal mencecah 6 tahun.... Sedar tak sedar, anak lelaki ummi yang sorang nie dah nak masuk 6 tahun.. Permata hati ummi yang pernah ummi nantikan selama 4 tahun dulu.. dah besar dah sekarang!! Hadi pun dah banyak kemajuan. Paling ummi puji, hero ummi yang sorang nie memang rajin untuk belajar dan sentasa minta untuk belajar... Cuma, maafkan ummi sebab kadang2 ummi yang kurang sempat bersama abang.. Tapi keyakinan ummi sentiasa teguh yang abang akan menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia & akhirat...
Hani pulak bakal mencecah 4 tahun... Esok ummi nak daftarkan Hani ke PUPIS Al-Halimi.. dah nak sekolah budak manja sorang nie!! Harap2 lepas ni angah akan lebih 'matang' bila mula menjalani alam persekolahan di TASKI Al-Halimi nanti...insyaAllah. Angah anak yang bijak dan ummi yakin akan kebolehan dan kelebihan angah... :-). Jadilah puteri solehah yang sentiasa membanggakan ummi dan abi..
Si Kecik ummi....Hannan....;-). Tahun nie dah nak masuk 2 tahun... Makin bijak 'berkata-kata'. Makin banyak jugak perangai dan akalnya... Budak kecik yang cukup memanjakan dirinyer pada semua orang... Kuat merajuk... Suka dipujuk dan dipeluk... Ummi doakan adik juga akan menjadi puteri solehah kebanggaan ummi dan abi suatu hari nanti..
Alhamdulillah!! Terima kasih Ya Allah kerana memberi aku peluang bersama permata2 hatiku hingga ke saat ini... Indahnya bergelar seorang ummi kepada putera puteri Iman... Ummi sayang Abang! Ummi sayang Angah! Ummi sayang Adik!!
Monday, October 31, 2011
Ummi jual la kek tu..
Hadi & Hani tanya : Kenapa ummi suka buat kek?
Ummi jawab : Sebab nak bagi anak-anak ummi makan le..
Hadi kata : Ummi jual la kek tu...nanti ummi dapat duit... Bestt!!!
Ummi senyum je la...
Dulu Hadi pernah bagi cadangan kat ummi supaya ummi jual kek yang ummi buat tu.. Alhamdulillah hari ni ummi dah mula mengambil tempahan kecil-kecilan daripada kawan-kawan terdekat ummi..
Memang seronok mem'baking' nie.. Ummi pun memang minat sangat buat kek.. Dulu tak berani buat sebab tak reti n takut tak jadik.. Tapi disebabkan anak2 ummi selalu suruh ummi buat kek, sekarang ummi dah makin confident..:-)
Thanks to anak-anak ummi yang dalam sedar tak sedar sentiasa memberi moral support kat ummi dalam hal ni.. Thanks abang... Thanks angah... n Thanks Hannan yang selalu suka makan kek-kek ummi..
Mana la tau....satu hari nanti ummi leh jadi usahawan kek pulak....heheheh...
Sunday, September 4, 2011
Lebaran 2011

With my lovely hubby... I LOVE U my dear!!
Dua family..
My family...
Anak-anak ummi & abi..
Raya 2011..... Alhamdulillah Angah sefamily balik beraya sama-sama family makusu & opah.. Happening la cikit... Kalau tak moksu sefamily je... Raya ke-3, Pakcik ammie plak balik. And yang bestnyer raye ke-4, pokde plak sampai...
Yang sedihnya, family along tak dapat balik beraya sebab keadaan yang tak mengizinkan.. Mak abang long sakit and along sefamily balik beraya di Batu Pahat & menjaga nyai.. Mudah-mudahan nyai akan cepat sembuh...
Thursday, August 11, 2011
Air Katira....walah!!!!
Saya ada gak try buat air katira nie... Ramadhan 2011 nie ,dah 2 kali la buat air katira nie.. Memang sedap walaupun tak sesedap air katira abu bakar..huhuhu
Untuk kawan2 yang nak tau, air katira nie dikatakan berasal dari Pakistan. Ada gak kata berasal dari selatan India dan kalau di Malaysia memang jadi pilihan terutamanya dalam bulan Ramadhan. Air katira nie elok untuk menyejukkan bdan sebab bahan-bahan yang kita letak kat dalam air tu memang elok untuk kesihatan.
Ok la.. nie la lebih kurang resepi n cara buat air katira nie..
Rendam semalaman katira @ getah anggur sampai kembang dan bersihkan sampai dapat yang warna putih je.. (serdak2nye kita buang le..)
Rendam biji selasih sampai kembang.
Rendam buah kembang semangkuk sampai kembang dan bersihkan (asingkan biji dan kulitnya)
Hiris-hiris buah kurma dan remdam dalam air panas.
Sediakan semangkuk kecil kismis.
Campurkan ketiga-tiga bahan yang dah kembang nie & juga buah kurma serta kismis dalam jug dan ketepikan.
Then...
Masak 2Liter air dengan 12 sudu gula pasir ( atau ikut manis le.. ). Masak dengan daun pandan.. baru wangi..
Bila gula larut, masukkan lebih kurang 10 biji buah badam yang telah dikisar halus. Masak lagi sampai mendidih. Bila dah mendidih, sejukkan sekejap.
Bila dah sejuk sikit masukkan satu tin susu cair dan sedikit pewarna hijau, kacau sebati.
Tuangkan air ke dalam jug tadi and kacau sebati.
Last sekali masukkan setengah botol ais krim soda dan kacau sebati. (Masukkan ais krim soda sikit demi sikit sambil mengacau).
Sejukkan dan peti sejuk dan sedia dihidangkan..
Gitu la lebih kurang... kuantiti setiap bahan ikut kehendak masing2 le ye... Ais krim soda tu pun sama.. kalau suka lebih... lebihkan.. kalau tak.. kurangkan..
Monday, July 25, 2011
Abdul Majeed..


Dia anak didikku yang pertama sebaik aku diarahkan membuka Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SKRP.. Di awal aku mengenalinya, Majeed @ Abang Long mengalami kecelaruan emosi yang terlalu teruk.. Pelbagai teknik yang aku guna untuk mendekatinya... kadang-kadang menyanyi... kadang-kadang bercerita... kadang-kadang aku jadi sepertinya yang sering bercelaru cerita dan pertuturannya.. aku cuba selami anak didikku yang seorang ini.. Abdul Majeed amat cemburu orangnya... Tatkala aku menerima beberapa pelajar baru, dia la yang akan menarik muka dan menunjuk perasaan cemburu dengan pelbagai cara.. Tapi dia sering menyentuh hatiku dan pastinya sentiasa menambat hatiku untuk jatuh sayang padanya.. Abdul Majeed benar-benar istimewa!
Berlatar belakangkan hidup yang penuh kecelaruan akibat perpisahan kedua ibu ayahnya.. Majeed di awalnya kerap kelihatan tersepit....bingung dan amat bercelaru pemikirannya.. Namun sebagai murid pendidikan khas BP, Abdul Majeed boleh dikategorikan sebagai murid yang cemerlang berbanding murid lain.. Kekuatan ingatan dan kebolehan menghafal dalam masa yang singkat membuatkan dia lebih pantas belajar berbanding rakan0rakannya yang lain..
Satu keistimewaannya.... Majeed miliki suara yang lunak dan lemak merdu... Pasti setiap telinga yang mendengar akan tertarik untuk terus mendengar suaranya sekiranya dia menyanyi.. Minatnya terhadap Al-Quran menjadikan dirinya mudah menghafal dan mengalunkan ayat-ayat suci dengan berlagu hanya dengan mendengar rakaman CD. Biasanya masa yang diambil untuk dia menghafal sesuatu takkan sampai semingggu.. Itulah kehebatan Majeed..
Alhamdulillah.... bermula 2007 aku mula melatih Majeed untuk menyertai pertandingan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas... Cubaan pertama yang amat membanggakan apabila Majeed mendapat tempat ke-3 di peringkat Daerah LMS pada tahun 2007. Tahun 2008 Majeed mengorak selangkah lagi apabila bergelar Naib Johan di peringkat daerah. Tahun 2009 sekali lagi Majeed menjadi Naib Johan di peringkat daerah. Dan yang pastinya syukur dipanjat ke hadrat Illahi apabila pada tahun ini...2011...Majeed mampu menggenggam kecemerlangan apabila dinobatkan sebagai Johan Tilawah Al-Quran Pendidikan Khas (BP) di peringkat Daerah LMS. Tiada apa yang menggembirakan aku setelah melihat kejayaan yang diperolehi oleh Abdul Majeed @ Abang Long yang kukenal sejak 2007.. Berkat kegigihannya berlatih tanpa jemu, akhirnya kejayaan miliknya.. Aku bersama guru-guru lain pastinya amat puas dengan kejayaannya... Aku dan guru-guru yang lain hanya sekadar melatih &nmembimbing tetapi kebolehan dan bakat yang ada pada dirinya yang menjadikannya insan hebat!
Subhanallah....... Alhamdulillah..... Allahuakbar!!
Kegembiraan.... Alhamdulillah...
Kegembiraan...biasanya akan dikongsi...kalau boleh nak kongsi dengan semua yang tersayang...semua kawan-kawan... Tapi macamana pula kalau kegembiraan yang aku kecapi sebenarnya tidak diharapkan oleh orang lain... Senang cerita, orang tak setuju dengan berita gembira yang aku terima... Kegembiraan yang aku rasa patut dikongsi bersama rupa-rupanya tak disenangi oleh orang lain sebab AKU BUKAN YANG DIPILIH..... Aku tak pernah menjangka ini yang terjadi.. Aku sedar bukan aku yang diharapkan untuk DIPILIH.. Tapi... hakikat tetap hakikat... ALLAH SWT lebih mengetahui... Kita manusia hanya merancang... Tapi ketentuan ALLAH SWT tiada siapa yang tahu sehingga diperkenankan oleh-NYA
Teman.... Aku tidak MEMILIH untuk DIPILIH tetapi ketetapan ALLAH SWT yang buat aku TERPILIH.. Bukan aku yang pinta DIPILIH tapi siapa aku hendak menepis ketetapan ALLAH SWT yang telah membuatkan aku TERPILIH.. Aku tak pernah menagih-nagih untuk DIPILIH.... Aku tak pernah mengemis-ngemis untuk DIPILIH.. Tapi aku yakin ALLAH SWT telah menilai dan DIA sebenarnya yang telah MEMILIH..
Maafkan aku andaikata berita yang kukira gembira ini ada membuatkan segelintir teman-teman yang merasakan kurang senang.. Aku terlalu ingin berkongsi kegembiraan ini bersama kalian... Tapi andai kata kalian masih sukar menerima...cukuplah aku raikan kegembiraan ini bersama insan-insan di sekeliling...yang terhampir....yang sentiasa memahami apa yang berlaku..
Subscribe to:
Posts (Atom)
UMMI KEMBALI MENULIS.....
TANGGAL 25 DISEMBER 2024... Ummi kembali menulis...... Berhabuk.... Bersawang..... Berkulat..... Kulapuk.... Tebal seinci !! ;-D Ummi seben...
-
Gini la lebih kurang rupanya Air Katira yang lazat tu!! Kalau area Utara memang ramai gak yang kurang mengenali air katira nie... Tapi kalau...
-
Abang 'Abdullah Hadi Iman turns to 12...... Alhamdulillah... 11 September 2018, genap umur abang 12 tahun... Alhamdulillah.... Sy...
-
TANGGAL 25 DISEMBER 2024... Ummi kembali menulis...... Berhabuk.... Bersawang..... Berkulat..... Kulapuk.... Tebal seinci !! ;-D Ummi seben...