Monday, October 19, 2009

Doakan Baby Iman....


Hari Ahad baru nie (18 Oktober 2009), baby Iman yang berada dalam rahim ummi, genap berusia 4 bulan...

Alhamdulillah, ummi, abi, abang hadi & kakak hani berpeluang menatap telatah baby Iman dalam rahim ummi masa scanning baru2 nie.... Syukur ummi panjatkan kepada Allah kerana baby Iman sihat dan cergas.. Memang aktif anak ummi!! Mudah2an jadi anak yang aktif & cerdik ye sayang...

Kepada semua, mohon bersama-sama doakanlah mudah2an baby iman berada dalam kesihatan yang sempurna dan disempurnakan kejadiannya oleh Allah SWT... Mudah2an sampai masa dan ketikanya nanti, kita sama-sama dapat menatap baby iman yang sihat dan comel..

Walaupun ini merupakan kali keempat ummi hamil, tapi hati nie masih berdebar2 seperti baru pertama kali hamil...

Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan dalam menempuh hari2 yang bakal mendatang. Kurniakanlah aku kesihatan yang sempurna sepanjang kehamilan ini dan selepas aku melahirkan bayi di dalam kandunganku ini.. Kau kurniakanlah juga kesihatan yang sempurna buat bayiku.. Sempurnakanlah kejadiannya, Ya Allah.... Jadikanlah ia hambamu yang beriman dan beramal soleh... Jadikanlah ia anak yang cerdik, yang tajam pemikirannya, yang taat, yang comel serta menjadi anak yang sihat serta cerdas..... Mudah-mudahan bayiku akan lahir sebagai pejuang agama-Mu... Insya-ALLAH....

No comments:

Abang Hadi dan UPSR 2018

Minggu ni abang Hadi tengah struggle dengan UPSR dari 24/9/2018 hingga 27/9/2018... Doa ummi dan abi sentiasa mengiring setiap detik aba...